26 May 2005

Tahu Takper !!!

Beberapa hari lagi genap sepurnama aku bersama DiDie. Hubungan kami berjalan dengan lancar walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang datang bertali arus. Namun kami berdua harunginya bersama-sama berganding bahu seia sekata agar mahligai yang dibina terhindar dari gelombang stunami. Hakikat tidak dapat dielak, cabaran demi cabaran datang mencurah-curah dalam pelbagai jelmaan. Pelbagai jelmaan datang untuk mengugat keharmonian antara aku dengan DiDie. Mula-mula datang secara sopan namun tiada berhasil. So taktik kotor memainkan peranan penting dalam meruntuhkan kebahgiaan yang aku bina sekarang..

Mengapa seseorang itu sanggup bertopengkan orang lain demi melaksanakan agendanya?
Adakah dia benar-benar menyimpan satu perasaan dendam?
Haruskah menyalahkan orang tanpa melihat dirinya sendiri?
TEPUK DADA TANYA SELERA!!
JANGAN MENJADI ENAU DIDALAM BELUKAR!!
Cuba renungi kelemahan yang ada pada diri sendiri..
Tak usah menunding jari pada orang lain..

Pikirlah!!Pikir!!Pikir!!
Tenung!!Tenung!!Tenung!!
Hayati!!Hayati!!Hayati!!
TAHU TAKPER!!

23 May 2005

Apa Dah Jadi ???

Seringkali aku mendengar tiap persoalan yang diutarakan menjadi tanda tanya setiap rentetan peristiwa yang berlaku adalah diluar kawalan kita bersama. Usahlah dikelirukan dengan persoalan kerna ia bisa mengugut keharmonian kita bersama. Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Jadikan ia sebagai ikhtibar bukan permusuhan.

Setiap orang mesti merasa kemanisan. Begitu juga dengan kepahitan. Kemanisan adalah sesuatu keindahan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata mahupun perbuatan. Kepahitan pula merupakan rencah dimana menjadikan seseorang itu sebagai erti kehidupan. Tanpa keberanian hidup kita tidak akan bererti.

Suatu masa telah dilewati tanpa rasa dendam yang terlerai dalam menongkah arus gelombang yang menikam kalbu. Dalam mencari jawapan yang terakhir adalah sukar untuk mengungkap kata-kata. Kubisikkan dalam tangisan yang berguguran berderai. Mestikah aku termanggu dibawah pepohon kekeringan dalam mencari jawapan. Dengan menghitung senja merah dihujung sinar.

Tiada guna mendustai pada diri sendiri sedangkan rindu itu sering menggangu. Salah usah dicari. Namun seharusnya berdua. Dalam zahir tidak terlihat ada garis yang terbentang cabaran penuh liku. Walaupun pedih menguris tabah tiada gentar segala prangsaka yang datang tanpa diundang. Entah apa yang terjadi lidah ku menjadi kelu dengan tuduhan ungkapan bernafas dusta.



Di sini selamanya
Takkan ku biar langkah terhenti
Di sini selamanya
Takkan berundur lagi
Untuk selamanya
Mimpi jadi nyata

Telah menempuh tiap rintangan
Menelan getir cemuhan
Tak siapa tahu hati kecilku
Kadang terhiris bak sembilu
Namunku biar airmata
Dan ku tanam harapan

Di sini selamanya
Mengenggam bara biar jadi abu
Di sini selamanya
Tak ingin berpaling lagi
Untuk selamanya
Tak mungkin berpaling lagi

Kini tiba masa semua mimpi jadi nyata

Di sini selamanya
Takkan ku biar langkah terhenti
Di sini selamanya
Takkan berundur lagi
Mengenggam bara biar jadi abu
Di sini selamanya
Tak ingin berpaling lagi

21 May 2005

Hujan Semalam ...



Malam tadi hujan bertandang lagii ..
Malam kini menjadi semakin suram ..
Hanya bertemankan kedinginan ..
Tiada kedengaran suara cengkerik ..
Hanya suara-suara katak sedang beryanyi ..
Nadanya bergema tanpa irama ..
Petir sabung menyabung ..
Guruh bergempita memberitahukan sesuatu ..
Itulah rahmat dari Yang Maha Kuasa ..

18 May 2005

Gelora Hati ...

Bukan niat dihati hendak menyakiti hati sesiapa. Malah hendak merampas dari sesiapa. Aku juga punya hati dan perasaan. So disini aku boleh rasakan apabila hak kita dirampas. Jangan mengangap aku merampas hak orang lain sedangkan niat aku bukan sebegitu. Aku tidak mahu kerana diriku orang lain yang merana. Aku hanya insan yang lemah. Kalau benar-benar ia berlaku. Itu semua diluar kawalan diriku. Tampilkan diri dan bersemuka dengan ku. Aku rela mengundurkan diri tanpa seribu pertanyaan.

Buat apa kita mendirikan kebahgiaan diatas air mata orang lain. Aku sedar siapa diriku. Aku hanya menumpang kasihsayang dan bermanja mesra. Kasih sayang yang aku hulurkan adalah ikhlas dari hati ku sendiri. Aku tidak pernah terlalu mengharap diluar kemampuan diriku. Setiap orang dapat merasakan kasih sayang yang diterima ...


Hatiku mudah tersentuh..
Lantaran perkhabaran..
Nescaya aku perlu tabah..
Tapi aku tidak sekuat batu..
Antara hujan dan panas..
Perasaanku gelora..
Bagai mengetip bibir..
Menahan gelojak jiwa..
Dalam mencari penawar..

14 May 2005

Rahsia Alam ...

Bila bunga-bunga berguguran.
Serinya hilang tanpa haruman.
Rendangnya tiada berbuah.
Dedaunan kekeringan bertaburan.
Angin sepi menyampai salam.


Dari kejauhan panorama terbentang.
Tidak tersingkap rahsia alam.
Hamparan bumi terbentang luas.
Payungan langit tersergam indah.
Mentari dengan cahayanya.


Hembusan bayu selembut sutera.
Ombak-ombak bagaikan berkejaran.
Awan yang biru berarak tenang.
Burung-burung bernyanyi riang.
Keajaiban alam memang sukar tersingkap.

Kasihku Bersemi ...



Seawal pagi tadi hujan turun dengan lebat sekali dengan disulami kilat sabung menyambung memecah kegelapan pagi yang dingin.Tidoku dikejutkan oleh kesejukkan dan kegersangan bila diulit kedinginan.Jam menunjukkan pukul 4.30am.Aku mula teringatkan Sidia walaupun semalam aku baru jumpa dengan dia.Namun kerinduan itu mendahului dari segala-galanya.Aku hanya mampu mengingatkan saat-saat ketika kami di Pulau Jerejak dua minggu yang lalu..
Tanpa diduga..
Tanpa Disedari..
Tanpa dirancang..
Kami mula menjadi rapat.Mungkin kerna aku tiada mengenali ramai kengkawan masa itu. So kami banyak menghabiskan masa bersama-sama sepanjang berada di Pulau Jerejak.
Sejak hari itu hubungan kami menjadi lebih erat lagi. Lagu Bertahta Di Hati begitu bermakna buat kami berdua.

BERTAKHTA DI HATI

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat lihat
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta di hati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan
terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Kini kami berdua dalam fasal pertama.
Mengenali antara satu sama lain.
Berbicara dari hati kehati.
Kenangan lalu sebagai pedoman.
Dan....

12 May 2005

Tentang Hidup ...

Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu dengan mudah. Melainkan dengan usaha kita sendiri. Usah keliru dengan godaan serta cabaran yang semestinya mahu kita menyerah kalah. Tanpa kesabaran dan ketabahan pasti kita tersungkur ke bumi. Jangan bandingkan ukuran di badan orang lain. Ukurlah badan sendiri. Itu lebih bermakna serta memberi kepuasan pada diri sendiri. Demi masa kita dalam kerugian. Demi cita-cita kita harus mengejar. Demi kehendak kita harus berusaha. Demi cinta kita hanyut.
Dalam tempoh dua dekad ini, Aku banyak mempelajari sesuatu yang baru dalam sebuah erti kehidupan. Kehidupan yang banyak menyuntik asam garam dalam kehidupan kita seharian. Harus di ingat masa yang sudah berlalu tidak akan berpatah balik lagi. Melainkan kita semestinya merencanakan dengan bijak dalam mengharunginya pada masa akan datang. Setiap hari kita pasti akan diungkapkan dengan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita seharian. Cuma kita harus bezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik.
Kini aku pelajari sesuatu yang baru. Aku tersentap dari lamunan semalam. Aku terpikir dimana kasih sayang yang sebenar?. Dimana sebuah pengorbanan?. Semasa aku sakit tempoh hari, Aku cuba menggungkai sebuah erti Perkongsian hidup. Empat hari aku memerlukan teman yang benar-benar dapat merasakan apa yang aku rasakan. Kata orang gembira , sakit, susah, senang biarlah tanggung bersama. Sedangkan orang lain bertanya khabar serta memberi kata semangat. Terubat juga juga kesakitan yang dialami. Aku juga terharu dengan pengorbanan emak. Masa aku sakit, Dialah yang banyak membantu aku. Menjaga aku. Membelai aku. sehingga pada satu masa aku tersentuh dengan pengorbanannya.
Aku ingat lagi satu malam. Aku tidak dapat tido dengan lena. Kepala aku sakit sangat. emak aku sanggup hendak teman aku tido diruang tamu. Tapi aku menolak dengan baik.Aku cuma nak rehatkan badan sahaja sambil menonton tv. Nanti bila mata mengantuk aku akan masuk tido. Pada masa itu hati aku tersentuh sangat. Tanpa aku sedari air mata berlinangan membasahi pipi. Aku tengok emak tertido disisi aku. Dalam masa aku sakit emak jugaklah yang menjaga aku. Aku kabur dalam terang.
Aku tidak mengerti..
Aku tidak akan bersuara..
Aku hanya mampu berdoa..
Aku hanya insan yang lemah..

WASALAM

09 May 2005

Pedih ...

Senja nan biru melabuhkan tirai dengan juraian silauan seribu cahaya mengambarkan putaran kehidupan tanpa henti .. Selagi langit memayungi bumi selagi itu tiada nokhtah buat kita semua. Tanpa sebuah bahtera yang kukuh kita semua akan hanyut dan karam dilautan sepi nan kegersangan.
Dari cacian dan tohmahan aku terima sebagai angkara kata ungkapan dusta. Hatiku berendam hiba dalam meniti titian usang yang hampir reput dalam menanti hari-hari untuk rebah kebumi. Bayangan kelabu sepi seorang pengemis ungkapan makna sebuah tuduhan. Sesaknya nafasku dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan dalam kata-kata bersulamkan dusta.
Tiada makna bersuara sedangkan tuduhan tetap buat diriku. Kesan parut masih terasa dalam luka sukar untuk disembuhkan. Ku mencari penawar dalam menguatkan kekuatan diri sebagai pendinding dihari muka. Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu. Buang segala prangsanka yang datang tanpa rela.

08 May 2005

Mei Mengubah Segalanya ...



Kini Blog aku berubah wajah dan bertukar warna selari dengan tuntutan masa yang semakin mencabar dalam menitiarus kehidupan. Sebagai manusia yang kerdil aku hanya mampu berserah pada ketentuanNya. Tiada bahasa seindah kata-kata yang dapat aku coretkan melainkan kata-kata hati yang sentiasa dibelenggu oleh karenah-karenah sebuah kehidupan. Mana mungkin aku tunduk pada itu semua. Takkan aku hendak membiarkan diriku dikuasai oleh orang lain melainkan diriku sendiri. Takkan aku terus hidup dengan bayangan sendiri yang takut pada cabaran dan halangan. Mana bisa orang lain mengatur langkah-langkah untuk diriku dalam perjalanan menuju kesesuatu destinasi. AHHH !!! Itu semua sudah berlalu buat diriku kini. Yang pasti aku harus merencanakan diari kehidupanku pada masa hadapan dengan baik dan teratur tanpa was-was. 05/05/05 adalah satu angka sungguh bermakna buat diriku. Ia bukan sebarang angka namun penuh dengan kasih dan sayang. Tiada kata-kata dapat disimpulkan melainkan warna-warna pelangi menjadi saksinya. Kesuraman malam kini disinari bintang hati yang berkedipan disanubari. Bunga- bunga cinta kini berkembangan. Di taman Astakona.

Riwayat Cinta



Kau mengancam kebahagiaanku
Yang kita bina bersama
Waktu dahulu cinta hangat membakar
Kau tinggal diri ini
Dalam pelukan malam
Yang tak bermaya
Beginikah akhirnya

Kekasih...
BiarKu telan pahit bagaikan hempedu
Kerana cinta
Segar mewanginya ho... ho... cintamu

Kekasih...
BilaKu luah manis bagaikan bermadu
Riwayat cinta akan bersinar
Untuk selamanya
Kau yang bersama dalam hati
Beginikah akhirnya
Walau badai datang melanda
Akan ku teruskan pelayaran
Cintaku...