31 December 2006

Oh Wanita ...

Chatting Cari Mangsa...

Ada juga wanita yang suka chatting. Berjam-jam menghadap komputer meneliti rakan chatting di kalangan lelaki sahaja. Mereka boleh kenal yang mana lelaki, yang mana wanita kerana sudah biasa dengan internet dan chatting.
Mereka sudah kenal lenggok ayat lelaki atau wanita. Dengan kepakaran itu, mereka sebenarnya mahu menipu lelaki. Menipu untuk kesenangan. Rajin menipu chatting dengan harapan ada lelaki bodoh atau malang akan terpedaya untuk dijadikan santapan. Ada lelaki yang chatting memang benar-benar mencari jodoh. Mungkin mereka ini jenis pemalu.

Setelah berjalan lancar, lelaki [yang tertipu] itu akan setuju untuk berjumpa. Janji dibuat untuk berjumpa bila dan dimana. Mereka memang seronok kerana berjaya menjerat. Setelah berjumpa, mereka akan 'melompat' pula. Mereka pun cantik dan menarik serta pandai bergaya untuk memikat. Lelaki selalu mabuk dengan kecantikkan wanita. (Hanya golongan gay jer yang tidak akan terperdaya) Heeheheh..

Apa yang memeranjatkan, baru seminit dua berkenalan, sudah tak tahu malu lagik. Tergedik sana tergedik sini untuk menundukkan mangsa. Mereka tidak mengira makan dimana, asalkan dapat lepaskan sesak. Di warung atau di kafeteria. Sudah tak malu walaupun baru sahaja berjumpa. Terus order itu ini. Lelaki yang tertipu belom order apa-apa lagik. Sambil menunggu pesanan sampai, bualan pun dimulakan. Biasanya soal kerja dan peribadi yang tak mendalam. Namun, wanita ini seperti tak ada malu. Boleh bercerita segala-galanya seperti sudah lama berkenalan.

Sambil makan, perbualan diteruskan. Selesai makan dan cerita habis. Si lelaki pun jelaskan bil. Setelah semua selesai, wanita ini berpura-pura mangatakan sudah tak ada pengangkutan awam untuk pulang ke rumah. Bas tak ada. Tambang teksi mahal pula.

Namun Si lelaki itu tetap akan menolong. Kalau tak ada kereta, dia akan memberi wang tambang teksi. Kalau ada kereta. Tentulah dia mahu menghantar sampai ke rumah. Kalau naik kereta lelaki itu, perbualan akan diteruskan.

Rupa-rupanya, cerita tentang masalah lain pula. Tapi melibatkan duit juga. Hah! Lelaki itu keluar duit lagi! Sapa nak jawab? Sampailah ke rumah. Berpisah dan berjanji akan berjumpa lagi.

Berjumpa lagi? Jangan harap akan berjumpa lagi. Nombor telefon yang diberikan pun bukannya betul. Malanglah lelaki itu. Bukan salah ibu yang mengandung! Bukan Tipah Tertipu. Dia yang tertipu...

18 December 2006

Langkah Seterusnya ...

Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2007.
2006 hanya tinggal sejarah manakala 2007 akan melakar sejarah. Dimana kita berpijak disitu langit dijunjung. Putaran masa bergerak terlalu pantas meninggal kita yang masih terkial dalam mencari erti sebuah kehidupan yang kudus....
Mentari hari ini tidak mungkin akan sama dengan keesokanya. Justeru itu kita harus bersedia dalam pelbagai aspek sebagai menahan segala ancaman yang mendatang tanpa mengira waktu dan keadaan. Keperihatinan membuatkan kita rasa lebih bersedia dalam meniti kehidupan ini..
Dalam kehidupan ini penuh dengan suka duka namun ia adalah satu nikmat yang sendiri kita dapat rasakan. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

23 July 2006

Dia Di Hatiku ...


Beberapa hari lagi..Birthday org tersayang...Setakat ini beberapa ideal sudah aku bayangkan cuma sama ada ia menjadi atau sebaliknya.Siapa yang tidak mahu meraikan Birthday orang yang tersayang.Kalau boleh aku nak buat yang terbaik untukNya.
SAYANG SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI YANG KE-29 DARIKU UNTUK
MU SAYANG..
Percayalah Cintaku padamu ibarat lukisan dari nukilan dari lakaran mu sendiri..

01 April 2006

Mac Datang Lagi ...

Mac bertandang lagi.. Bait-bait sejarah nan lalu mengiringi perjalanan kehiupan Ku hari ini. Mac terkandung seribu satu hikayat dalam lakaran kehiupan KU. Masakan tidak tarikh-tarikh penting tercatit dalam bulan ini. PAHIT mengajar aku tentang realiti hari ini dan hari-hari mendatang.. MANIS memberi pengertian bahawa aku kini wujud dengan melepasi jangka masa tertentu dengan kebesaran yang maha Esa disamping orang-orang yang tersayang .
Hadirnya mac membuat aku terpaku seketika...
Mac yang penuh dengan pelbagai cerita yang tersendiri.
Penuh dengan gelak tawa dan deraian air mata. Senyuman dan tangisan adalah dua irama yang disatukan didalam sebuah kehidupan yang kudus.
Sesungguhnya hanya ketabahan dan keikhlasan hati dapat melunaskan segala-gala yang tersemat dihati.
Nescaya setiap gerak-geri, tingkah-laku dan senyum tangis merangkumi jiwa dan raga.. Aku pasrah dengan keadaan.
Kita harus berusaha dalam mencari kedamaian dalam mengejar erti kehidupan.