23 April 2007

Sekitar 14 dan 15 di Langkawi..

Happy sangat. Biasalah kalau pergi berjalan-jalan sudah semestinya penat.
Merenung jauh sampai kedasar laut. Mencari sesuatu yang pernah hilang suatu ketika dahulu.
Relax sekejap selepas penat berjalan-jalan dikawasan sekitar yang penuh mencabar diatas puncak Gunung Mat Cincang..
Horey Aku ada di Dataran Helang Langkawi..
Penat sangat. Nak senyum dah tak terdaya dah. Sehari suntuk asyik berjalan sahaja. Kata orang mengejar masa. Hehehe.. Sabar jerlah... Bukanya selalu dapat datang sini...

Alahai kesian. Tunggu punya tunggu tiada sesiapa pon yang datang teman. Nak buat macam mana sabar jerlah. Manatau kot-kot sesiapa datang nanti boleh dibuat teman. Hehehe...

Bila ler nak sampai Kuala Perlis nih. Tak sabar rasanya nak pekena laksa perlis. Kata orang laksa dekat kuala perlis memang sedap. Boleh beli belacan dan buah mangga sekali sebagai buah tangan.

Letih sangat sampai tertido dalam feri... Siapa yeh yang ambik gambar nih. Entah-entah masa itu aku tengah mabuk laut kot. Kata orang ala-ala pening-pening lalat gitu..



21 April 2007

Peralihan Usia..

Sudah lama aku tak update blog aku ini. Sejak kebelakang ini aku sibuk sangat. Balik kerja, lepas makan terus lentok atas katil. Hanyut sampai ke pagi. Begitulah rutin aku setiap hari. 31 Mac lalu aku telah menyambut ulangtahun yang ke-3o. Pelbagai onak duri telah pon aku tempuhi sehingga aku menjangkau usia aku sekarang. Itu semua Menjadi aku lebih tabah dalam menghadapi liku-liku perjalanan hidup aku.

Pelbagai cercaan, Hinaan, Usikan dan pelbagai lagi adalah sebahagian dari hidup aku. Aku pasrah dengan keadaan. Bukan aku minta lahir jadi sebegini. Ini semua kehendaknya. Aku cuba menjadi seorang yang tabah tapi aku rebah ditiup bayu. Peralihan usia membuatkan kita lebih memahami diri sendiri. Tanpa keberanian hidup ini tidak bermakna. Aku peka dengan keadaan. Tapi keadaan tidak peka dengan perkitaran, Kitaran alam membuatkan bumi sentiasa berposing. Aku renungi masa-masa mandatang. Dimana aku akan berpijak. Adakah aku terus dibuai mimpi yang tiada penghujungnya.

AKU PASTI MENEMUINYA...