26 September 2007

Dikala Ramadan

Pertengahan ramadan kali ini membuatkan diri aku rasa tersentuh. Aku teringatkan masa -masa bersama. Terlalu indah untuk dikenang. Saat-saat manis sentiasa bermain -main dipikiran. Bunga-bunga cinta yang mekar diperkarangan taman menanbahkan seri lagi saujana mata memandang. Alangkah indahnya waktu itu. Bak kuntuman bunga segar mewangi selepas disimbah hujan.
Aku tidah penah menyalah keadaan. Malah aku berterima kasih kerana mematang kehidupan aku. Apa yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tiada siapa yang tahu antara yang tersurat dan tesirat. Sebagai insan yang lemah aku pasrah dalam meniti kehidupan ini yang penuh dengan liku-liku serta oanak duri yang sentiasa mencengkam hati dan perasaan. Ini semua adalah rencah dalam kehidupan ini.
Kita hanya mampu merancang tapi ketentuan datang dari Nya. Aku pasrah apa yang tertulis untuk kehidupan aku. Aku harus teguh dalam meniti lorong-lorong becak yang penuh dengan ujian. Aku harus melaluinya walau apa pun yang bakal terjadi. Itu sudah termaktud didalam kamus kehidupan aku.-