28 May 2008

Biar Cinta Itu Datang Dengan Sendirinya


Semakin hari semakin sibuk pulak aku dekat tempat keje. Dari hari ke sehari banyak pulak report yang hendak dibuat. Kekadang tension juga dibuatnya. Tapi apakan daya, Sudah dinamakan kerja so mahu tak mahu kene buat juga. Sudah tanggungjawab katakan. Sehari dua ini, Member-member aku perli aku la pulak. Adakah patut Supervisor aku diaorang kata Assistant aku ekss. Kalau terdengar dekat dia apa macam beb! Ini terjadi apabila orang berbertanya sesuatu dekat dia, Dia suruh rujuk dekat aku la pulak. Itulah al-kisahnya..

Time break tadi Supervisor call. Dia suruh aku pergi dekat kedai makan tempat selalu aku lepak. Aku malas pulak nak kuar tengah hari. Cuaca yang terlalu panas. Oleh sebab dia mendesak, Mahu tak mahu aku pun keluar juga. Rupa-rupanya ader udang disebalik mee. Bila aku sampai aku melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu selera. Dua orang sememangnya aku kenai iaitu Supervisor aku bersama wifenya. Dua orang lagi aku tidak penah bertemu sebelum ini, walaupun didalam mimpi. Hehehehe..

Rupa-rupanya salah seorang hendak diperkenalkan kepada aku. Aku amat menghargainya. Tapi kata orang, Tidak aku minta jadi begini. Ajal pertemuan hanya ketentuanNya. Bila aku melihatnya buat pertama kalinya, Aku dapat rasakan jurang terlalu jauh buat kami berdua. Orangnya memanglah terlalu cantik; Takkanlah orang secantik itu akan memilih diriku yang hanya bekerja kilang yang tiada akan menjamin masa depan. Itulah hakikat yang aku harus terima. Jangan sudah terantuk baru hendak menyesal.

Masa berborak baru aku dapat tahu sebenarnya gadis itu berasal dari Pahang. Dia hanya buat praktikal dekat sini. Ramah juga gadis ini hati kecil aku berkata. Kami pun berborak sambil dibantu oleh Wife Supervisor aku yang banyak membuka cerita. Dari bab ais kacang sampailah ke bab sawah padi. Gadis itu teringgin hendak pegang pokok padi. Kelakarkan.. Hehehehe..

oklah sampai disini dahulu.. jumpa lagiii..

22 May 2008

Lagu Membawa DiriKu Melayang,,


Malam semalam saya menyenaraikan lagu-lagu yang penah ada kenangan buat diri saya dalam JiwangFm. Kebetulan Dj Haikal sedang keudara. Satu persatu saya minta dia putarkan lagu kegemaran saya. Kesian pulak dekat dia. Huhuhu... Mana tahu lagu-lagu yang dipinta oleh saya tidak disukai ramai. Lagu-lagu saya diselang seli oleh lagu-lagu pendengar lain juga. Sesaja semalam saya memain saja menyuruh dia memutarkan lagu-lagu yang sudah lama saya tak dengar. Mana tahu dia benar-benar putarkan lagu yang saya pinta berselang seli dengan lagu pendengar lain. Rasa teruja jugalah.

Hari ini Dj Haikal ada tanya saya. Apa maksud disebalik lagu-lagu yang saya pinta semalam. Ermmm.. mestilah ada kenangan disebalik lagu yang dipinta. Sambil-sambil baring tu saya mulalah berkhayal dari satu kesatu peristiwa yang semestinya mempunyai lagu-lagu tema yang tersendiri. Bila dipikirkan semula, Sememangnya tidak masuk akal. Kelakar pun ada. Itulah kehidupan yang penah saya lalui bersama-sama tangisan dan senyuman.

Sebenarnya kehidupan saya tidak seindah sepertimana, orang sangkakan. Itulah hakikatnya. Bagi mata-mata yang melihat, mereka tidak dapat menyelami kedasar hati ini. Dari luaran saya sememangnya seorang periang dan sentiasa tenang. Tak suka marah-marah tanpa sebab. Tapi ramai yang tidak tahu tabiat saya. Saya seorang peramah cuma saya ini lambat sikit nak mesra dengan orang yang baru saya kenali. Itulah kelemahan saya yang sukar untuk saya ketepikan. Tapi bila dipikir semula, saya rasa punya jawapan. Mungkinkah sifat malu masih menebal didalam jiwa.

Kekadang rimas juga dibuatnya apabila kita menjadi perhatian dimana-mana sahaja kita pergi. Terus terang saya katakan saya tidak selesa dalam keadaan sekarang ini. Apatah lagi dekat tempat keja. Bayangkan tidak sampai dua bulan saya bekerja dekat tempat keja sekarang. Nama saya menjadi siulan disana sini. Kekadang rasa macam artis la pulak. Setiap gerak geri saya dekat luar pun akan menjadi buletin keesokkan. Siap dengan laporan lengkap lagi.. Fuyoooo betui. Apa yang saya pakai, baju warna apa, semuanya lengkap.

Dekat tempat keje saya digelar Pengerusi Persatuan Seluar dalam Mickey Mouse. Fuyoo betui bila mendengarnya kan. Tapi bila dipikir balik, Sememangnya kelakar la pulak.. Keje dekat sini sememangnya best sesangat. Sebabnya saya bebas pergi memana. So tidaklah rasa bosan sesangat. Itulah kelebihannya saya suka bekerja disini. walaupun kekadang baju kotor juga. Maklumlah bekerja dalam gudang bahan-bahan mentah.

oklah sampai disini dulu. kalau tak apa lagi yang akan saya taip nanti..