11 April 2005

Mana Mungkin ...

Tiada tutur selembut bicara. Tiada kemanisan didalam senyuman. Kehangatan semalam hanyut dilautan sepi. Usah dikelirukan cinta antara ego dan kedegilan. Semalam pasti tersimpan sisa-sisa kehidupan antara suka dan duka. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Hakikat sebuah hakiki lambang realiti sebuah kehidupan. Tanpanya hidup takkan beerti ...
Hari-hari mendatang umpama permainan dalam sesuatu permainan. Ada yang menang ada yang kalah. Itu adalah dua perkara yang berbeza namun perjalanannya tetap satu menuju satu arah. Manusia terdiri daripada pelbagai kategori. Namun paling aku benci manusia yang dalam kategori yang suka menyalahkan orang lain. Apa yang dia buat adalah betul namun orang lain adalah salah. What ever lah ...
Aku bukan yang suka cari musuh atau suka cari gaduh. Aku jenis yang suka mengikut rentak. Bagaimana rentaknya begitulah tarinya. Itulah aku. Bagaimana orang melayan aku, begitu jugak aku akan melayan. Disini tiada ertinya orang mengatakan aku berubah sikap kalau ia tidak berpunca dari orang itu sendiri. Kita yang ada hati dan perasaan pasti akan terasa terkilan, tersinggung dan apa-apa aja yang sewaktu dengannya. Aku disini masih seperi dahulu malah tiada sebarang perubahan melainkan mengikut peredaran waktu.
Aku disini hanya bertindak balas jika ada terasa gegarannya. Macam gempa bumi kat Indonesia tempoh hari, yang turut mendapat tempias di Malaysia. Begitu jugak dengan aku. Biarlah orang nak kata apa tapi yang pasti aku tahu apa yang aku buat. Yang menanggung beban adalah aku bukan mereka-mereka semua termasuk juga kepada orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Kalau tidak ada angin mana bisa pokok bergoyang.
Tapi yang peliknya mengapa harus melatah jika sudah terkena batang hidung sendiri. Hairan bin ajaib ??? Sebelom membuat sesuatu perkara kita seharusnya menyelami diri sendiri. Betul tak apa yang orang lain kata ???
Tapi hampehhh? Tidak penah mengkaji apa yang kekurangan pada diri sendiri.
Setelah hati diracuni. Makan hati berulam jantung.
Mengapa aku seharusnya dipersalahkan seratus peratus. Diam tidak bererti salah. Senyap tidak bererti takut. Sepi tidak bererti membenci. Cuma terkilan dengan apa yang terjadi. Tanpa kepercayaan perhubungan menjadi hambar...

Tanpa berbincang perhubungan menjadi keliru...

WASALAM

04 April 2005

Birthday Party ...

Wow Birthday party aku berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kecacatan beberapa jam sebelom majlis bermula. Semuanya aku terima dengan tabah dan penuh kesabaran. Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. SEBELOM Majlis bermula aku bersama adik dan adik iparku serta dua orang anak saudara telah kemalangan ketika dalam perjalanan hendak membeli barang disaat-saat akhir.

Tiba-tiba sebuah kancil yang dipandu oleh seorang wanita memberi lampu isyarat hendak memasuki simpang disebelah kanan. So oleh kerana dah terlalu dekat kereta yang dipandu oleh adik aku tercium sedikit punggung kereta wanita tersebut. Tapi syukur kerana semua selamat dan tiada kecederaan cuma kereta mengalami kerosakkan sedikit.

Dalam pukul 4.30 tetamu mula datang.Jiran-jiran sebelah mula sibuk menbantu didapur. Kedengaran belon pecah disana sini.Kanak-kanak mula bermain apabila diberi belon. Aku sungguh gembira semalam walaupun majlis tidak sebesar mana namun dengan kehadiran mereka semua telah memeriahkan majlis yang tak seberapa itu.

Dalam pukul 6pm member-member aku pun sampai dengan 2 buah kereta. Kebetulan masa itu bacaan doa selamat baru nak bermula so member-member aku turut serta. Setelah semuanya selesai, makan pun dah kenyang kami pun beralih keruang tamu sebelah untuk upacara potong kek dan sesi buka hadiah. Apalagi pelbagai gelagat dapat dilihat disini. Kanak-kanak sedia menanti untuk makan kek.

Member-member aku yang lain ada sibuk bergambar, ada yang berborak dan macam-macam adaaaa.... Dalam keriuhan itu pelbagai gelagat yang dapat dilihat disini. Aku terhibur dengan mereka semua. Dikesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis yang tak seberapa. Siap membawa hadiah lagi. Insyaallah tahun depan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita berjumpa lagi.. Insyaallah blog akan datang akan aku selitkan beberapa gambar.

WASALAM