29 October 2007

Rutin Seharian

Hari ini aku sibuk sekali dekat tempat keje. Hari-hari ader sahaja member yang tidak datang. Itu yang membuatkan aku tension. Mana bisa aku nak cover semua keje orang. Keje aku sendiri pun tak terbuat, Inikan nak buat keje orang. Keje aku selalu tertangguh. Pagi-pagi lagi belum pun waktu bekerja, Aku dah mula menyemak Report-report hari sebelumnya untuk diletakkan didalam bilik Production Menager.

Selepas menyemak dan memasukkan data dalam komputer aku, Aku sedikit sebanyak mengabil tahu apa yang berlaku semalam atau apa yang barang hendak masuk hari ini. Nanti bila masuk bilik Production Menager terketar-ketar lak aku hendak menjawab bila ditanya. So aku kene juga buat persiapan sebelum menghantar report semalam. Bukan setakat itu jer. Aku kene semak pulak rekod kedatangaan department aku. Selain itu kene kira Ot pulak sebelum dihantar ke bahagian Personal.

Buat ini sahaja sudah nak dekat pukul 10.00 pagi. Itu belum faxs lagi la dukemen-dukemen yang lain. Bila lori sampai nak kene check kuantiti barang pulak kalau takder orang dekat gudang. walaupun aku busy namun aku seronok kerja dekat sini. Sebabnya aku tidak terkonkong oleh satu pekerjaan sahaja. Aku boleh bergerak bebas kemana sahaja dekat sini.

27 October 2007

Selamat hari raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sudah sebulan kita berpuasa di bulan ramadan. Kini Saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia dengan ketibaan bulan Syawal. Syawal disambut meriah oleh semua umat islam di seluruh dunia tidak terkecuali oleh kita semua rakyat malaysia. Tapi Di Malaysia Syawal disambut dengan unik sekali dimana kita semua pelbagai kaum atau bangsa dimalaysia merayakan bersama-sama. Itulah keunikan Malaysia dimata dunia
Tradisi kunjung-mengunjung dari dahulu hingga kini masih wujud. Ini membuatkan kita semua hidup dalam keadaan yang aman damai. Masing-masing saling menghormati antara satu sama lain. Kita semua seharus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan melihat pada diri kita sahaja tetapi harus memikir secara menyeluruh. Jika kita rasa kita kekurangan, Mesti ingat orang lain lebih kurang bernasib baik dari kita. Itu Seharusnya menjadi pedoman buat kita sebagai renungan bersama didalam menjalani kehidupan kita.
Kata orang, Disaat kita bergembira, Jangan la pulak kita membazir. Buat perancangan sebelum membuat keputusan..
Aik melalut lah pulak aku ni. Ermm... Raya tahun ini merupakan Raya paling seronok sekali. Aku sememang berasa puas sekali walaupun penat. Masakan aku tak penat sehari sebelum raya aku masih lagik kerja. So persiapan yang dibuat adalah di saat-saat akhir sebelun menjelang hari Raya. Ermmm.. Banyak jugak keperluan dibeli disaat-saat akhir. Aku cuma beli keperluan yang asas sahaja.

Mencari jodoh untuk aku..

Ermmm.. Aku tergelak sendiri. Aku tetiba dikejutkan dengan soklan yang amat menggelikan aku. Aku sendiri tidak percaya dengan dengan soklan yer yang sebegitu rupa. Bila aku teringat balik kata-kata dia pagik tadik memang aku ketawa sendirian.
Aku baru saja masuk opis. Tetiba Bos aku minta gambar aku. Aku terkejut biawak dibuatnya. Dia kata wife dia minta gambar aku. Hehehehehe.. Aku ketawa berdekah-dekah. Aku berasa hairan jugak. Tahu tak gambar itu hendak dibuat apa? Ermmm.. Rupanya wife bos aku nak tolong cari jodoh untuk aku. Aku ketawa lagik.. Memang lucu sangat bila dipikirkan semula.
Aku sendiri keliru dibuatnya. Sama ada bos aku atau wife yer yang memulakan topik ini. Macam mana eksss. Siapa nak tolong jawab ni? Aku pun sememangnya rasa malulah pulak kalau diketahui oleh teman-teman atau orang lain. Aku biasa jumpa dengan wife Bos aku masa raya tempoh hari. Mereka datang anak beranak pada hari raya pertama hari itu. Memang aku tidak nafikan wife Bos aku sememangnya seorang yang peramah.
Sememangnya aku dengan Bos memang rapat. Sekali- sekala dia ader juga ceta masalahnya
dekat aku just, kata orang untuk bertukar pendapat mahupun menghilangkan tekanan. Apapun aku ucapkan terima kasih bebanyak kerana menganbil berat keatas diri aku. Kata orang kalau ada jodoh takkan kemana. Gunung dikejarkan takkan lari. Yang penting Jika dah sampai seru dan jodoh sudah didepan mata, Maka Kahwin lah jugak aku nanti. Perancangan sudah ada. Cuma menanti hari yang bahagia itu sahaja. Doakanlah agar jodoh aku sampai jugak, Pada hari itu, Aku adalah orang yang paling bahagia didunia ini. Hehehehe..
Bila dipikirkan balik, Sudah pastinya Hujung tahun hadapan menjadi saksi pilihan hati aku untuk melansungkan perkahwinan. Atau selewat-lewatnya awal tahun 2009. Ini matlamat aku pada masa-masa hadapan. Sebagai manusia, Kita hanya merancang tapi tuhan yang menetukan segalanya. Semuanya sudah tertulis didalam kamus hidup aku. Aku hanya boleh merencanakan.
Warna tema yang aku pilih untuk hari bersejarah untuk aku dan juga bakal isteri kesayangan aku nanti ialah warna hijau ataupun warna oren. Ermm.. macam warna Ziana Zain sahaja. Maybe... Kuang... Kuang... Kuang... Bagi aku Warna ini menpunyai sentimentalnya yang tersendiri. Warna yang terang tapi lembut jika ia diterjemahan kedalam alam rumahtanngga.