27 January 2007

Perah Otak

Dua tiga hari ini, kepala aku sakit sangat... Memikirkan baju apa hendak aku melaram malam itu, Sempena Majlis perkahwinan Bos aku... Sudah beberapa pasang baju sudah aku cuba, namun belum memenuhi citarasa aku... Aku jadi binggung sekali... Aku ingat nak tempah baju... Tadi pagi aku sudah pergi tengok kainnya... Design sudah aku bayangkan di kepala. Cuma aku perlukan buat keputusan saja fesyen apa yang hendak aku melaram pada malam itu kelak... Bukannya selalu kita dapat melaram fesyen... Wah... Parahkan!!! Bila dipikirkan balik? Namun aku seronok jika aku salah seorang di antara mereke-mereka yang melaram pada malam itu... tentang makan aku tak kisah sebab aku sudah mencubanya... Apapon aku akan tunggu pada saat-saat akhir apa yang aku pakai kelak... Hanya keadaan yang akan menentukan nanti... Pikir lebih-lebih pun, Kalau tak jadi sakit hati lak? Tahu takper??

Bihun Vs Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik
rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

24 January 2007

Penat Tapi Teruja

Semalam sunguh penat... Terkejar sana terkejar sini.. Sudahlah dekat tempat keje banyak masalah berlaku... Hari-hari ada saja barang yang urgent... Paham-paham ajerlah kalau buat kerja tergesa-gesa... Supervisor pulak tak reti-reti nak cover dia punya anak buah... Bila terkena tekanan sikit mulalah dia buat hal... Semalam dia tidak datang kerja... So rasa aman sekali aku and the gang dapat rasakan... Sebab tiada rasa tekanan... Tapi masalah lain pulak yang timbul... Ada sorang rakan aku buat silap... Proses exposed terbalik iaitu sebanyak 39 penel... Proses ini seperti tangkap gambar... So apa lagi Bos sangat berang sekali... 39 panel berharga lebih kurang RM3980... Tapi yang membuat aku sakit hati ialah tukar jadual hendak ke Penang... Sehari sebelum ke Penang mereka kata nak bertolak dari tempat kerja pukul 6 petang... Tapi pada hari yang dijanjikan mereka hendak bertolak setengah jam lebih awal... Itu menbuatkan aku sakit hati sangat... Mana aku tidak sakit hati... Baju sudah aku gosok siap tergantung dialmari... Aku ingat hendak balik mandi dulu... Sebab itu aku tidak bawa baju... Last minute tukar planning pulak... Sudahlah hari itu aku pakai comot sekali... Pada saat-saat akhir... Aku hanya pakai sandel dan baju t-shirt yang dibeli oleh ND... Terima kasih ND kerana telah menyelamatkan keadaan... Kalau tidak ada ND aku tidak tahu nak buat macam mana... Sebab aku pergi kerja dengan memakai selipar sahaja... Lagipun pada hari tersebut selipar aku macam nak terkoyak pulak... Itu yang membuatkan aku sakit hati sangat... Nak balik rumah memang tak sempat... Sebenarnya tujuan aku ke Penang adalah untuk pergi ke Hotel yang dahulunya dikenali dengan Shangrila Hotel... Untuk test makanan yang akan dihidangkan kepada 400 tetamu pada 3hb Feb depan... Sempena majlis perkahwinan Bos aku yang akan dibuat di hotel tersebut... Kami sampai dekat lobi hotel dalam pukul 6.45pm... Dalam rancak berbual-bual ada seorang wanita dalam likungan 30an masuk dalam lobi hotel... Apa lagi mata-mata kami menjeling kearah wanita tersebut... Ialah pakaian yang dia pakai pada petang itu membuatkan mulut-mulut kami berkata sesuatu. Dengan fesyen pakaiannya yang sungguh luar biasa...Dalam pukul 7 malam Bos sampai bersama isterinya... Kami terus naik ke tingakat dua untuk melihat ballroom yang akan akan digunakan untuk malam tersebut..Setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberi... Kami dibawa ke Pangkor room untuk merasa hidangan yang akan dihidangkan pada hari itu kelak... Sementara menunggu live band membuat apa yang patut kami sekali lagi diberi penerangan tentang tema yang akan dipilih... Kami semua tergaman melihat wanita yang kami usik tadi adalah penyanyi band tersebut... Hehehhehhh... Kami semua tergalak serentak... Apabila semua tersedia hidangan demi hidangan disediakan untuk kami merasa sambil diiringi oleh liveband... Rasa teruja sangat pada hari itu kerana layanan yang teristimewa... Dewan yang besar hanya dimuatkan sebuah meja ditengah-tengah dewan tersebut serta disatu sudut ada sebuah band membuat persembahan untuk menghiburkan kami semua... Aku dapat rasakan sesuatu kelainan... Dimana layanan pada malam itu memang sukar untuk aku dapat sekali lagi... Dalam pukul 9.15pm Pihak kami berbincang mengenai makanan yang akan kami pilih atau memilih makanan lain jika kurang bersesuaian... Keputusan dibuat mengikut pendapat setiap orang... Selepas itu giliran pengurus Band pulak... Ialah kami juga mahu lagu-lagu yang akan dimain kelak mengikut dengan tema majlis... Selepas itu kami bertolak pulang dengan keletihan sekali... Mata aku mula dah rabak... Dalam feri aku terido kerana keletihan... sampai ketempat kerja jam sudah menunjukkan 10.30pm.

21 January 2007

Baju Cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."

20 January 2007

KUNCI KEHIDUPAN


KEDUGAAN pasti ada halangan...

KEHALANGAN pasti ada cabaran...

KECABARAN pasti ada kesusahan...

KESUSAHAN pasti ada keperitan...

KEPERITAN pasti ada kepayahan...

KEPAYAHAN pasti ada pengorbanan...

KEPENGORBANAN pasti ada kejujuran...

KEJUJURAN pasti ada keikhlasan...

KEIKHLASAN pasti ada kepercayaan...

KEPERCAYAAN pasti ada keserasian...

KESERASIAN pasti ada kebahgiaan...

KEBAHGIAAN pasti ada keharmonian...

KEHARMONIAN pasti ada kesejahteraan...


TANPA KEBERANIAN, TIADA LANGKAH SETERUSNYA. TANPA KESUNGGUHAN, TIADA MAHLIGAI TERBINA...












Cintamu bak dian di tiup angin
Kerdip mencari sinaran yang
Menyakinkan di hati...
Selagi ada terpedaya
Tak mungkin kita bahagia
Ambil yang jernih buanglah
segala keruhnya...

Rimbunmu yang penuh
Onak duri ku doakan menjadi
Haruman di taman inderaloka
Berwarna-warni untuk kita nikmati

Ku semikan kasih sayang
Untuk kau pelihara
Sebaiknya diwaktu suka
Disaat duka
Kala bersamaku

Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat...
Kita disatukan...

Makan Ayam

Ada satu citer nie, budak laki ngan budak pompuan nie
darjah 1 sekolah rendah. Diorang ni kawan baik sgt,
tiap-tiap hari mak bapak diorang bekalkan ayam goreng
utk makan waktu rehat. Diorg selalu makan sama2.
Budak pompuan tu tanya budak laki tu..."Awak pun suka makan
ayam goreng ke?"
Budak laki..."Suka, awak?"
Budak pompuan..."Saya memg suka sgt makan ayam goreng nie"

Sampailah masuk darjah 6 mereka berada di sekolah yang
sama. Tiba-tiba satu hari budak pompuan ni dah tak
bawak dah ayam goreng.

Budak laki tu pun tanya.
"Eh...Apasal awak dah tak bawak ayam goreng? Awak dah
tak suka makan ayam lagi ke?"
"Tak boleh makan ayam lagi la, sebab bawah saya dah
tumbuh bulu ayam"...
"Eh...ye ke? Cuba tengok?"
Budak pompuan tu pun selak skirt dan tarik suar dalam,
dia tunjukkan bulu yang dah tumbuh kat situ.
"A'a lah memg dah tumbuh, saya pun tak nak makan ayam
lagi la kalau camni"...
"Apasal lak? Awak pun dah tumbuh bulu ayam jugak ke?"
"A'a...awak nak tengok ke?"
"Nak"
Budak laki tu pun londehkan suar dia...
"Eh eh awak punya bukan bulu aje, tengkuk dan balung
ayam pun dah tumbuh jugak"
*&^%$...???

19 January 2007

10 adegan tak logik dalam drama TV tempatan

Untuk renungan bersama... hehehe

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem...

18 January 2007

Renungan Seorang Lelaki ( Sambungan..)


Dia masih duduk, sedangkan lelaki itu berdiri dekat dengannya. Nampak berminat sangat dengan Roy. bagaimanapun, mungkin dia memang begitu. Mudah mesra dengan sesiapa saja. Roy pun cuba berbual dengan sebaik mungkin. Dia tidak mahu bergaduh. lelaki itu memang mesra berbual. Roy rasa senang bersembang dengannya. Tidak sedar masa berlalu. Roy menjeling jam 12.30 tengah malam! "Kenapa, Roy? tengok jam nak balik dah ke? Masih awal lagi...? Hai, panggil namaku roy saja? Tadi panggil abang, sekarang panggil Roy pulak. Cepat benar bertukar. Ada apa-apa ke? Tanya Roy dalam hati. Dia terlihat juga aksi lelaki itu sedikit demi sedikit semakin lembut. Lembut? kenapa pulak menjadi lembut? Mungkin tidak sengaja kerana rancak berbual. "Roy... Janganlah balik lagi. Awal lagi. Apa kata kalau kita..." kata lelaki itu sambil melirik manja. Wow! Fuhh! Apa semua ni? Siapa lelaki ini sebenarnya? Roy tertanya-tanya sendirian. "Kita apa, hah? Kita apa?!" Roy seperti mula hilang sabar. "Alah, takkan tak biasa pulak? Marilah kita berseronok..." Roy bingkas bangun. Berseronok apa lelaki dengan lelaki? Runggutnya dalam hati. "Awak ni siapa sebenarnya? Nak berseronok apa lagi dengan saya. Saya lelaki, Awak pun lelaki. Takkan tak nampak?!" kata Roy, berang. Minta Maaf, ya. Saya nak balik. Nak balik!" tambahnya. Roy terus berlalu meninggalkan 'Si lembut' yang masih merayu itu. Ya Allah! Tidak disangka sama sekali. Sambil berlalu itu, Roy terpandang beberapa pasangan duduk di atas simen. Aneh... Ya, aneh. Betulkah apa yang aku nampak ni? Dia bertanya bersendirian. Pasangan itu bukan lelaki dengan perempuan, Sebaliknya sesama lelaki. Ya Allah. Benarkah apa yang aku lihat? Tanya Roy dalam hati lagi. Tiba-tiba, langkahnya terhenti Dia mahu comfirm sekali lagi.Ya. Memang comfirm. Lelaki dengan lelaki! Sekilas Roy menoleh kerah 'si lembut' tadi. Eh, sudah hilang entah ke mana! Ah... Biarkanlah. Buat apa aku nakmelihatnya lagi. Rungut Roy sendirian. Setelah pasti, Roy segera 'angkat kaki'. Dia sungguh benggang. Mahu menenangkan pikiran dan diri, benggang pulak yang dapat. Roy pulang dengan perasaan yang berbeza. Di rumah, dia termenung panjang. Hampir jam 3 pagi baru dia dapat melelapkan mata. Selepas peristiwa itu , Roy lebih kerap termenung hinggalah kawan baiknya bertanya.. Selepas dicerita, kawan baiknya itu tersenyum. Hairan Roy dibuatnya. Rupa-rupanya memang telah lama kegiatan itu berlangsung di situ. Mungkin Roy mangsa atau aktivis baru jika terperangkap tempoh hari mengena. Dia bersyukur kerana terselamat. Baru sekarang Roy dapat memahaminya...

17 January 2007

Aku Mc

Rasanya tidak sedap badan lak. Tangan dan seluruh anggota badan aku umpama memprotes supaya aku berehat hari ni. Denyutannya membuatkan aku hilang arah. Setiap yang aku buat semuanya serba tak menjadi. Tangan sebelah kanan aku bengkak sedikit. Itu membuatkan aku semacam nak deman jer. Sebelah pagi aku memang pergi keje. Dalam pukul 10 aku pergi ke klinik panel tempat aku berkerja. Pada masa yang sama aku memang sakit hati pada Supervisor. Pagi-pagi lagi dah buat hal. Bambu tidak tentu masa. itu yang membuatkan sakit aku semakin parah. Nasib baik aku dapat mc so sekurangnya aku dapat berehat. Bukan aku yang mintak tapi doktor yang kasi. Hehehehehe... Bila aku balik semula menghantar mc ditempat keje, member-member yang lain sudah dapat mengagak. Mereka cukup bengang kalau aku pergi klinik mesti dapat. Semua orang tahu yang klinik itu memang sukar hendak bagi mc kepada sesiapa pun. Walaupun orang itu separuh hendak mati sekali pun. Bukan aku yang cakap tetapi mereka-mereka yang sudah semestinya yang anti kepada doktor tersebut. Masa balik aku hanya bagitau kepada line leader aku sahaja. Aku malas nak jumpa Supervisor. Kebetulan dia sedang meeting jadi aku terlepas. Balik rumah aku terus makan ubat lalu tertido. Aku tengok adik aku tengah search sama ada namanya ada blacklist atau tidak sebab dia nak beli rumah. Dalam pukul 2.45pm aku dikejutkan oleh emak untuk makan. Oleh kerana perut masih kenyang, Aku menyuruh emak makan dulu. Sambil itu aku update blog aku. 3.30pm aku mandi nanti pukul 4pm hendak pergi ambil Nd pulak dekat tempat kerja. Waktu aku tengah mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Apa lgi emak aku terus memanggil nama aku lah untuk mengambil kain di jemuran. Nasib baik hujan turun sekejap sahaja. Mungkin hanya berlalu untuk ketempat lain. So tidaklah susah nanti aku hendak menjemput Nd pulang dari tempat kerja. Dalam perjalanan ada 2 orang budak rempit sedang mengangkat motor. Aku jadi serba salah. Kalau aku memintas aku takut kalau-kalau motor tersebut jatuh, sudah tentu aku akan terkena sekali. Namun nasib baik budak rempit itu sudah sampai ke destinasinya. Aku menarik nafas lega. Dalam hati terasa gusar jugak, Nanti aku takut akan bertembung dengan Supervisor aku. Lepas terus jemput Nd kami terus meninggalkan tempat kerja. Sebelum balik Nd nak aku singgah sekejap dekat bank, dia nak ambik duit. Secara kebetulan jumpa jugak aku dengan Supervisor aku. Dah tidak boleh mengelak dah. Dia kata aku balik tidak bagitau dia. Nasib baik aku ada alasan. Masa aku balik dia dia tengah meeting. Sebenarnya aku malas nak jumpa dia. Nanti dia banyak soal. Hari ini pasar malam dekat Kepala Batas. Kami singgah jap untuk beli barang dapur.

Balik Awal



Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah.

Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader
4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai
tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun
boleh!!Dah!Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie? Boss :
Naper? Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh
sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!! hihihihihi

15 January 2007

Kelmarin


Kelmarin tersirat satu makna tersimpul rapi, Dimana aku dan dia mendalami diri masing-masing. Aku dapat rasakan debaran yang semakin memuncak antara kami berdua. Biarpun mentari memacak sinaran terik, Ia bukan halangan bagi aku untuk menempuh saat-saat getir. Seketika dibenak fikiran ku, bermain-main antara percaya atau tidak dengan situasi yang terjadi. Apa yang berlaku umpama mimpi didalam mimpi, Dalam terang bertemu jua. Dimatamu tersirat satu makna, Membuatkan aku dilamunan aku sendiri. Berputih dihantui oleh ego masing-masing, Pada hakikatnya kita berdua saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Perjalanan yang aku rasakan dalam perjanjian naluri dan hikmah kearah keanjalan impian. Sesungguhnya aku dambakan pasangan dua dunia benar hingga alam nyata. Dalam Aku mengusik merajuk seketika, Aku mencari kau entah dimana, Kau pergi tanpa aku ketahui. Puas aku mencari kau dimana-mana. Nun jauh disana aku melihat kau pergi tanpa menoleh kebelakang. Betapa sebaknya aku rasakan bila kau pergi tanpa berkata-kata. Biarpun aku sering tertanya-tanya dimana silapnya?? Kata orang setiap yang berlaku pasti ada rahmat yang terbunyi. Setiap Kata-kata pasti ada maknanya. Setiap perbuatan pasti ada Sebabnya. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pasangan yang bercouple. Belum pernah ada cinta dalam kehidupan manusia tanpa air mata. Sejenak bila aku pikirkan kembali, Di waktu itu, Disaat ini aku masih dapat rasakan peristiwa itu. Biarpun ia sepantas kilat namun aku dapat rasakan kekosongan diwaktu itu. Seperti layang-layang terputus tali. Tiada kata-kata dapat aku ungkapkan selain debaran yang semakin lama semakin kencang. Yang pasti aku tidak mengikut tiupan angin. TETAPI aku mengikut kata naluri hati. Apa yang terjadi aku mahukan jawapan? Sebuah jawapan yang benar-banar memberi erti yang mendalam agar aku dapat mebuat tafsiran dengan tepat. Sememangnya setiap individu punya hak untuk bersuara? Punya hak untuk membela dirinya sendiri. Dengan ini kita dapat putuskan satu pakatan dimana jalan penyelesaian yang terakhir dimeterai. Tanpa diduga, Tanpa disangka akhirnya kami bersatu kembali dimana perhentian bas manjadi saksi aku dan dia. Percayalah aku amat menyanyangi dirimu sepenuh hati ku.

13 January 2007

Sudah Ditakdirkan..


Sudah sekian lama aku merenunggi perjalanan kehidupan. Satu landasan perjalanan yang tiada jalan penghujungnya. Biarpun aku sering tertewas oleh keadaan namun aku masih setia pada keadaan. Aku tidak tahu apa yang aku alami ini sebagai menguji sejauh manakah aku mampu bertahan. Mampukah aku menghadapinya??. Atau aku hanya menyembunyikan semua perasaan ini di dalam kotak hati ku. Tiada siapa yang tahu aku diperlakukan sebegini. Hanya renungan dan airmata yang menjadi teman. Aku tidak mahu kekusutan akan membebankan orang lain. Bagi aku, kegembiraan biarlah aku berkongsi bersama-sama orang yang tersayang. Kepedihan, kepiluan mahupun kesusahan biarlah aku tanggung sendiri. Yang penting aku sudah menjalankan kewajipan atau tanggungjawab kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Hanya itu yang termampu aku lakukan. Jangan bandingkan aku dengan orang lain. Jangan menguji aku sebegini rupa. Pada keluarga, Aku tahu aku banyak menyusahkan mereka. Aku sering membuat kan mereka pening kepala dengan pelbagai kerenah aku . Aku bukan sedemikian, tapi keadaan yang membuatkan aku jadi sebegini. Apapun aku banyak berterima kasih kepada emak kerana memahaminya. Biar pun luarannya dia nampak garang, namun hakikatnya dia baik hati. Aku tahu selama ini aku banyak menyusahkan orang-orang yang tersayang. Mengapa tidak?. Kalau bukan kerana aku, mungkin selama ini mereka tidak marah pada aku. Dengan kesempatan ini aku memohon kepada mereka yang terlibat, jika tanpa disedari mahupun tanpa aku sedari aku telah menyakitkan hati mereka semua. Aku akui, aku bukanlah insan yang baik disisi mereka, malah menyusahkan mereka semua. Tapi percayalah aku menyanyangi mereka semua lebih dari diri ku sendiri. Tidak percaya?? tepuk dada tanya selera. Aku tidak sekuat seperti yang aku sangkakan. Kepada yang sentiasa berada disamping ku selalu, aku sentiasa mendoakan kebahgiaan mu. Aku tahu, aku bukanlah insan yang terbaik yang pernah engkau jumpa sebelum aku. Aku tahu, engkau selalu bandingkan aku dengan mereka. Aku akui, aku memang ketinggalan jauh kebelakang. Aku hanya budak kampung yang hanya dikelilingi oleh komuniti sekitarnya sahaja. Aku juga tahu hidup engkau tidak seindah seperti mana yang engkau harapkan. Penang tidak akan meninggalkan satu kenangan manis buat dirimu malah hanya meniggalkan satu parut hitam dimana ia akan sentiasa bermain
di fikiran dengan satu nada yang sukar diungkapkan. Aku tahu apa yang aku buat selama ini tidak pernah mendapat tempat dihati mu. Hanya kesilapan dan kesalahan yang sering berpihak pada diri ku. Tapi aku cukup gembira dengan apa yang engkau berikan pada ku.

10 January 2007

Cikgu Berahim dan Man Dol.

PART I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".
"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,
Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol. Man : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, Cikgu...
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

07 January 2007

Tahun Melawat Malaysia

Kemeriahan tahun melawat malaysia kian terasa dengan berlansungnya pelancaran ‘Eye on Malaysia’ yang dilancarkan di Tasik Titiwangsa semalam. Dengan ini negara kita ada lagi satu mercu tanda yang akan menaikkan nama malaysia terus gah dipersada antarabangsa. Sama-samalah kita menbantu kerajaan dalam merealisasikan projek yang terulung ini dengan memberi senyuman tanda mesra dalam kita menyambut tetamu dari dalam mahupun dari luar negara. Kalau bukan kita sebagai rakyat malaysia siapa lagi yang akan mendokong amanah ini kalau bukan diri kita sendiri. Buktikan "Rakyat Malaysia" memang terkenal di seluruh dunia diantara yang peramah lagi mesra dalam kehidupan kita seharian. Ini juga product yang dapat kita promosikan pada dunia luar kita boleh hidup aman damai dengan kepelbagaian agama serta disulami dengan pelbagai etnik. Akhir sekali sambutlah seruan kerajaan dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia...

Renungan Seorang Lelaki


Suasana sekeliling tidak terlalu sibuk dan juga tidak terlalu sunyi. Line clear, kata orang. Dan Roy berasa cukup selesa untuk bersantai menghilangkan penat bekerja. Sudah lebih sepuluh minit dia lepak disitu. Fikirannya semakin tenang. Kerisauan yang menyerang kian menghilang. Jadi, dia terus lepak di situ. Mengelamun yang mulus-mulus sambil tersenyum.
Tanpa diduga Roy, seseorang datang mendekatinya. walaupun sejak mula duduk tadi dia perasan orang itu berlegar-legar dekat denganya seolah-olah ada plan. Namun, dia tidak menduga akan dihampiri pula. Roy cuba buat-buat tidak tahu. Lagipun, dia yakin tiada orang yang mahu berbual dengannya. Dia juga tidak mahu orang mengganggunya.
"Mmm... bang. Jam pukul berapa?" Roy terkejut daripada lamunannya. Betullah orang ini nak kacau aku. Roy berkata dalam hati. Bagaimanapun, dia lebih terkejut dan hairan apabila terpandang jam di tangan lelaki itu. Ada jam nak tanya aku lagi? Roy mula meluat. Dia cuba' control mancho' dan tersenyum. Cuba berlagak seperti tiada apa-apa. Kemudian menjeling jam di tangannya. "11.15" Roy menjawab sambil cuba tersenyum. Sendiri ada jam mahu tanya lagi? mengada-gada! Gatal! Bisik hatinya. Lelaki itu tersenyum. Dia masih berlegar-legar berhampiran.Roy kelihatan rimas. "Mmm, seorang saja, bang?" Roy menoleh ke kiri ke kanan. Dia berasa marah, tetapi juga berasa tidak wajar meluahkannya. Dia cuba cover line dengan membuat kelakar begitu. Lelaki itu tersenyum lagi.


"Ya."


"Tunggu seseorang?"


"Tak tunggu sesiapa."

"Mmm, baguslah. Boleh kita berbual-bual lagi." Lelaki itu memakai kemeja-T dan seluar jean ketat. Nampak bonjalan di celah kangkangnya. Roy mengeluh. Memang dia tidak senang dengan keadaan itu, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada arah tujuan lain. Tambahan pula, dia belum benar-benar tenang lagi. Mahu tidak mahu ,duduk di situ terus. Tidak mengapalah. Mungkin lelaki ini boring tidak berteman lalu cuba mengajak aku berbual. Mungkin dia orang baik-baik. Tidak mengapalah aku berbual-bual dengannya sekejap. Mana tahu, mungkin dapat idea atau ilham baru. Roy memujuk hati.


Dia masih duduk, sedangkan lelaki itu berdiri dengannya. Nampak berminat sangat denga Roy. Bagaimana pun....



Bersambung Man!!!!

06 January 2007

Musim Menuai





Dari kejauhan panorama kampung ku, umpama mutiara ditengah lautan emas. Sinaran mentari menambahkan seri. Di sana sini burung-burung bernyanyi riang. Seriang kanak-kanak bermain lumpur. Para petani sibuk untuk menuai padi. Iyerlah penat lelah selama ini mengerjakan sawah, akan mendapat hasilnya. Setelah beberapa bulan bertungkus-lumus dalam mengusahakan sawah, kini hasil tuaian akan membuat petani tersenyum lebar. Kata orang kampung poket penuh. Bukan mudah seperti yang disangkakan. Para petani terpaksa bertarung dengan pelbagai makluk perosak antaranya tikus, siput gondang emas, ulat dan pelbagai lagi. Sekarang ini musuh utama patani ialah siput gondang emas dan tikus. Melalut pulak aku ni. Bila waktu menuai tiba, teringat aku zaman kecil ku. Waktu-waktu beginilah aku dan kawan-kawan jadi nakal. Mana tidaknya kami akan panjat jentera menuai padi. Tangkap burung, tangkap ikan dan mandi ban. Itulah saat-saat manis ketika zaman kanak-kanak. Memang buas sangat ketika itu. Biasalah budak-budak bukannya tahu apa-apa, yang tahu nak berseronok jer. Janji balik dapat burung atau ikan sebagai umpan supaya tidak kena marah. Mana tidaknya satu badan penuh lumpur. Berkubang dalam lumpur mencari ikan. Hehehe.. Waktu itu, pancur di luar rumah, jadi aku balik terus mandi jer. Namun kalau emak aku nampak, Maka dia patahkan ranting pokok belimbing untuk dijadikan rotan. Apalagi aku pun lari lintang pukang. Itulah kenangan masa kecil aku bila musim menuai tiba. Seronok bila di ingat kembali detik-detik diwaktu itu. Terasa sungguh indah zaman kanak-kanak.

05 January 2007

Time Break

Tengah hari aku balik Telok Air Tawar. Hari ini break lama sikit so boleh datang sini. Kata orang selam sambil minum air. Sebelum datang kami beli nasi bungkus kat tepi sungai. Apa lagi bila terpandang Sotong goreng selera ku semakin memuncak. Sotong adalah makanan kegemaranku. Nasib baik hari ini gaji, so bolehlah aku merasanya..
Dekat umah ini hanya ada Lego sahaja.Epol belum balik lagi. Tidak berapa lama kemudian Mizan balik dan diikuti oleh Epol. Sampai disini saja dulu

02 January 2007

Lagu Terbaru Ziana zain





Bila aku terdengar lagu terbaru Ziana Zain bulu roma aku meremang. Aku terasa ada sesuatu. Lagu ini puitis sekali bila dihayati. Dengan kata-kata yang tersusun indah. Disulami penyanyi latar. Lagu ciptaan Azlan ini memang sesuai dangan vocal Ziana zain . Aku memang suka lagu ini bila pertama kali diperdengarkan.

Novel Pilihan (Januari)





KASIHKU ABADI


Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumah tangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar Rayyan dan Rania. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta dan bahagia.


Kegembiraan mereka 'dirampas' bila Rasyam disahkan menghidap HIV positif akibat pemindahan darah. Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneruskan hidup.


Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali ke pangkuannya. Dengan cara halus, dia memporak- porandakan rumah tangga Risyam dan Wana. Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.


Dalam doa dan harapan, dapatkah mereka terus menyulam kasih?


NAK TAHU KISAH SETERUSNYA, DAPATKAN NOVEL INI!!

01 January 2007

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007 ...



Assalamualaikum semua..

Tahun baru kembali lagi.. Tahun lalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Pahit maung, susah-senang, suka-duka, tawa-tangis adalah sebahagian dalam kamus kehidupan ku.. Itu semua tunggak aku berdiri pada hari ini. Tanpa itu semua mungkin aku tidak sematang hari ini. Walaupun adakalanya aku tetap tidak berubah. Aku bukan insan yang sempurna yang dapat memenuhi keperluan kehendak. Aku akur dengan takdir malah aku bersyukur kerna memberi aku sinar cahya yang dapat menerangi kehidupan ku pada hari ini bersama orang yang tersayang. Sayang! percayalah aku amat menyayangi dirimu melebihi diri ku sendiri. Terima Kasih sayang kerana masih lagi bersama ku dikala kesusahan serta kedukaan mahupun dikala aku memerlukan dirimu kau tetap setia menemani diriku walaupun engkau sendiri dalam kepenatan dalam melayani pelbagai karenah ku. Kau penyabar dalam pelbagai aspek. Itu membuatkan hati ku terpaut pada mu sejak itu hingga saat ini. Satu Januari genap dua tahun kita saling mengenali antara satu sama lain dan setahun lapan bulan kita bersama dalam mengharungi pelbagai onak dan duri dalam pengkongsian hidup. Betapa kuatnya gelombang yang melanda tapi kita dapat menangkisnya dengan keutuhan kasih sayang kita bina bersama. Lagu ini aku tujukan buat mu yang tersayang..

Fasa Baru


HARI ini bermula satu lagi fasa iaitu kehidupan baru pada tahun 2007. Semalam genap 365 hari kita menjalani kehidupan pada tahun 2006 dan meninggalkannya bersama satu memori.

Seperti lazimnya menjelang tahun baru, setiap individu akan menanam azam mengatur perancangan hidup masing-masing. Nescaya perjalanan harus dikemudikan dengan terancang agar tercapai oleh akal mu. Kita harus sedar, putaran masa sekarang bergerak dengan terlalu pantas tanpa ragu-ragu meninggalkan sesiapa yang ketinggalan dibelakang.

Bangunlah dari tido jika mimpi itu membuatkan kita lalai dan terlupa bahawa ia akan melalaikan kita. Tiada kejayaan yang datang bergolek atau datang melayang jika kita hanya berangan seperti Mat Jenin. Hanya omongan kosong. Namun kita jangan lupa, apa yang Mat Jenin impi adalah misinya tetapi dia harus berusaha dalam merealisasikan impian itu. Satu contoh yang harus kita ingat, tanpa usaha kita tidak akan berjaya.

Tiada rasa tanpa sentuhan. Tiada manis tanpa madu. Tiada kata tanpa bicara. Semuanya adalah sebahagian daripada diri kita. Tanpa itu semua kita pasti tidak akan mengecapi apa erti sebuah kehidupan yang kudus. Biar pun kita dimamah usia namun penghidupan tetap tidak berubah. Kita sendiri yang harus menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Dari kacamata yang melihat tidak ubah seperti menonton opera diatas sebuah pentas. Setiap pergerakkan membawa maksud yang tersendiri. Gerak tari melambangkan tingkah laku. Alunan muzik mengambarkan keperibadian. Alunan muzik dan gerak tari tidak dapat dipisahkan. Jika tidak pincanglah ia..

Renung-renunglah...
Fikir-fikirlah..
Sama-samalah kita hayati.
Selamat Tahun Baru 2007