28 May 2008

Biar Cinta Itu Datang Dengan Sendirinya


Semakin hari semakin sibuk pulak aku dekat tempat keje. Dari hari ke sehari banyak pulak report yang hendak dibuat. Kekadang tension juga dibuatnya. Tapi apakan daya, Sudah dinamakan kerja so mahu tak mahu kene buat juga. Sudah tanggungjawab katakan. Sehari dua ini, Member-member aku perli aku la pulak. Adakah patut Supervisor aku diaorang kata Assistant aku ekss. Kalau terdengar dekat dia apa macam beb! Ini terjadi apabila orang berbertanya sesuatu dekat dia, Dia suruh rujuk dekat aku la pulak. Itulah al-kisahnya..

Time break tadi Supervisor call. Dia suruh aku pergi dekat kedai makan tempat selalu aku lepak. Aku malas pulak nak kuar tengah hari. Cuaca yang terlalu panas. Oleh sebab dia mendesak, Mahu tak mahu aku pun keluar juga. Rupa-rupanya ader udang disebalik mee. Bila aku sampai aku melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu selera. Dua orang sememangnya aku kenai iaitu Supervisor aku bersama wifenya. Dua orang lagi aku tidak penah bertemu sebelum ini, walaupun didalam mimpi. Hehehehe..

Rupa-rupanya salah seorang hendak diperkenalkan kepada aku. Aku amat menghargainya. Tapi kata orang, Tidak aku minta jadi begini. Ajal pertemuan hanya ketentuanNya. Bila aku melihatnya buat pertama kalinya, Aku dapat rasakan jurang terlalu jauh buat kami berdua. Orangnya memanglah terlalu cantik; Takkanlah orang secantik itu akan memilih diriku yang hanya bekerja kilang yang tiada akan menjamin masa depan. Itulah hakikat yang aku harus terima. Jangan sudah terantuk baru hendak menyesal.

Masa berborak baru aku dapat tahu sebenarnya gadis itu berasal dari Pahang. Dia hanya buat praktikal dekat sini. Ramah juga gadis ini hati kecil aku berkata. Kami pun berborak sambil dibantu oleh Wife Supervisor aku yang banyak membuka cerita. Dari bab ais kacang sampailah ke bab sawah padi. Gadis itu teringgin hendak pegang pokok padi. Kelakarkan.. Hehehehe..

oklah sampai disini dahulu.. jumpa lagiii..

22 May 2008

Lagu Membawa DiriKu Melayang,,


Malam semalam saya menyenaraikan lagu-lagu yang penah ada kenangan buat diri saya dalam JiwangFm. Kebetulan Dj Haikal sedang keudara. Satu persatu saya minta dia putarkan lagu kegemaran saya. Kesian pulak dekat dia. Huhuhu... Mana tahu lagu-lagu yang dipinta oleh saya tidak disukai ramai. Lagu-lagu saya diselang seli oleh lagu-lagu pendengar lain juga. Sesaja semalam saya memain saja menyuruh dia memutarkan lagu-lagu yang sudah lama saya tak dengar. Mana tahu dia benar-benar putarkan lagu yang saya pinta berselang seli dengan lagu pendengar lain. Rasa teruja jugalah.

Hari ini Dj Haikal ada tanya saya. Apa maksud disebalik lagu-lagu yang saya pinta semalam. Ermmm.. mestilah ada kenangan disebalik lagu yang dipinta. Sambil-sambil baring tu saya mulalah berkhayal dari satu kesatu peristiwa yang semestinya mempunyai lagu-lagu tema yang tersendiri. Bila dipikirkan semula, Sememangnya tidak masuk akal. Kelakar pun ada. Itulah kehidupan yang penah saya lalui bersama-sama tangisan dan senyuman.

Sebenarnya kehidupan saya tidak seindah sepertimana, orang sangkakan. Itulah hakikatnya. Bagi mata-mata yang melihat, mereka tidak dapat menyelami kedasar hati ini. Dari luaran saya sememangnya seorang periang dan sentiasa tenang. Tak suka marah-marah tanpa sebab. Tapi ramai yang tidak tahu tabiat saya. Saya seorang peramah cuma saya ini lambat sikit nak mesra dengan orang yang baru saya kenali. Itulah kelemahan saya yang sukar untuk saya ketepikan. Tapi bila dipikir semula, saya rasa punya jawapan. Mungkinkah sifat malu masih menebal didalam jiwa.

Kekadang rimas juga dibuatnya apabila kita menjadi perhatian dimana-mana sahaja kita pergi. Terus terang saya katakan saya tidak selesa dalam keadaan sekarang ini. Apatah lagi dekat tempat keja. Bayangkan tidak sampai dua bulan saya bekerja dekat tempat keja sekarang. Nama saya menjadi siulan disana sini. Kekadang rasa macam artis la pulak. Setiap gerak geri saya dekat luar pun akan menjadi buletin keesokkan. Siap dengan laporan lengkap lagi.. Fuyoooo betui. Apa yang saya pakai, baju warna apa, semuanya lengkap.

Dekat tempat keje saya digelar Pengerusi Persatuan Seluar dalam Mickey Mouse. Fuyoo betui bila mendengarnya kan. Tapi bila dipikir balik, Sememangnya kelakar la pulak.. Keje dekat sini sememangnya best sesangat. Sebabnya saya bebas pergi memana. So tidaklah rasa bosan sesangat. Itulah kelebihannya saya suka bekerja disini. walaupun kekadang baju kotor juga. Maklumlah bekerja dalam gudang bahan-bahan mentah.

oklah sampai disini dulu. kalau tak apa lagi yang akan saya taip nanti..

24 February 2008

HARI PENAMAAN CALON..

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di pusat penamaan calon di Dewan Milenium di sini pada pukul 9.10 pagi diiringi oleh penyokong Barisan Nasional.

Mengiring beliau ialah isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kedua-duanya berpakaian biru sedondon.

Mereka mula berarak dari rumah Perdana Menteri di sini pada pukul 8.30 pagi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas akan ditentang calon Pas, Subri Md. Arshad pada pilihan raya umum kali ini. Pengumuman mengenai pertembungan satu lawan satu antara Perdana Menteri dengan penceramah bebas yang pernah kalah di kerusi DUN Penaga pada pilihan raya umum lepas dibuat oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pukul 12 tengah.

Adun Bertam kali ini diwakili oleh muka baru iaitu Ketua UMNO Bahagian, Zabariah Abdul Wahab yang menggantikan Datuk Hilmi Abdul Rashid yang telah digugurkan. Ketua wanita UMNO ini bakal berdepan dengan calon wanita Parti Keadilan Rakyat..


Pihak media tempatan dan luar negara sibuk membuat liputan yang terbaik untuk siaran mahupun suratkhabar masing-masing. Di Perkarangan Dewan Melenium Kepala batas.


Walaupun panas namun para penyokong BN tetap setia sehingga semuanya berjalan lancar.
Semua pergerakkan parti hadir antaranya, Pergerakkan Pemuda, Pergerakkan wanita, Pergerakkan Putera dan Pergerakkan Puteri UMNO. Tidak ketinggalan juga MIC, MCA dan Gerakkan.
Semua berganding bahu untuk memastikan BN menang disetiap kawasan yang bertanding agar BN dapat memerintah negara supaya dapat meneruskan Pengbanggunan yang belum selesai.
Penyokong BN menunjukkan sokongan yang padu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi serta calon-calon yang bertanding dibawah Parlimen Kepala Batas, iaitu Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim, Adun Bertam Zabariah Abdul Wahad dan Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin semasa Penamaan calon Di Dewan Melenium hari ini.
Antara ribuan yang hadir di Hari Penamaan calon bagi Parlimen Kepala Batas.
Inilah kali pertama Aku menghadiri Hari Penamaan calon Bagi Pilihanraya. Dengan ini aku dapat serba sedikit pengalaman baru yang tak penah aku alaminya selama ini. Pengalaman yang begitu unik serta aku dapat memahami proses demokrasi pilihanraya dinegara kita
Pergerakkan Puteri UMNO bersiap sedia dalam menghadapi Kempen Pilihanraya yang akan bermula hari ini sehinggalah 8 Mac ini. Semua
Para penyokong BN sedang menuju Ke Dewan Melenium yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Rumah Sejarah. Semua parti Kompenen BN Berkumpul disini.









Makan tengahari, Kami dihidangkan dengan nasi tomato di Perkarangan Wisma UMNO Kepala Batas yang hanya 500 meter dari Dewan Melenium Kepala Batas.

23 February 2008

Sejarah Mickey Mouse..

Aku tak sanggup lagi mengingati apa yang berlaku. Aku sudah tidak berdaya lagi. Apapun rintangan yang mendatang aku tidak sekuat sepertimana aku sangka. Lemah satu badan bila aku ingat kembali masa-masa kita bersama. Aku tidak menyangka ia berakhir dalam tragis sebegini rupa.
Masih segar didalam ingatan waktu pertama kali kita bertemu. 1 Mei 2005 engkau baru tiba dari Jb. Caltex Seberang jaya menjadi saksi, Dimana kita semua berjanji berjumpa dekat situ. Aku tidak penah menyangka sama sekali, hubungan kita akan berlarutan begitu jauh sekali. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana masing-masing belum mengenali hati budi serta sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Dari perkenalan pertama itu, Aku hanya memerhati dirimu dari jauh. Jauh sekali hendak mendekati dirimu. Kita bagaikan bumi dengan langit. Jurang perbezaan yang amat luas itu, Seharusnya aku, Aku lebih suka memendam dari berkhayal mencapai bintang dilangit ditambah pulak aku ada komitmen lain. Tanpa disedari aku menyimpan perasaan. Semua ini, Aku simpan dengan rapi agar tidak dihidu oleh member-member yang lain termasuk dirimu.
Sehinggalah Pulau Jerejak Menjadi saksi perkenalan kita menjadi intim. Disaat itu, Barulah aku tahu selama ini aku tidak bertepuk sebelah. 1 Mei 2005 secara rasminya aku menjadi milikmu, dan dirimu menjadi milik ku. Perkenalan kita menjadi semakin intim. Kita bagaikan belangkas selepas peristiwa itu. Kemana-mana sahaja kita pergi, pastinya berdua. Jika salah sorang tidak ada, Semestinya menjadi janggal bagi yang mengenali kami berdua. Orang pasti akan bertanya jika salah sorang dari kami tiada. Itulah kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai sekarang.
Tipulah kalau aku kata disaat dan dikala ini, aku tidak rasa kesunyian dan kesepian. Dua tahun kami bersama-sama dalam mengharungi suka duka dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba.
Sampai disini dulu...

Kemaafan Yang Terindah..

Disini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan. Tidak aku pinta apa yang telah berlaku diantara kita. Jangan ada benci diantara kita. Biarlah kita terus berkawan, walaupun ia tidak sama dengan waktu dahulu. Bumi mana yang tiada ditimpa hujan, Lautan mana yang tidak dilanda taufan.

Tiada kata-kata yang dapat aku ungkapkan. Biarpun tajam tohmahan yang engkau lontarkan terhadap aku, namun aku telan walaupun hakikatnya ia terlalu pahit. Aku tidak akan bersuara. Apapun jua hukuman yang telah engkau berikan selama ini aku terima dengan hati terbuka. Aku hanya insan biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Aku tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak melainkan diri aku sendiri. Aku tahu aku bukanlah yang tebaik diantara mereka yang pernah bersama dengan awak dahulu.. Terkenangkan cinta silam yang kita bina dari dua jiwa suci..

Mengapa kini aku rasa sesuatu kehilangan. Sesungguhnya hanya engkau yang mengerti. Kini aku hanya dapat melihat perkembangan engkau dari jauh sahaja seperti mana yang engkau mahukan. Percayalah! sesiapapun pilihan engakau kelak janganlah lupakan aku disini. Aku hanya dapat mendoakan kebahgiaan dari jauh sejauhnya.

Akhir kata senyum-senyumlah selalu..

21 November 2007

Jiwa Yang Kosong..


Bagaikan aku dengan bebayangan sendiri. Semakin aku menghampirinya, Semakin jauh dia meninggalkan aku keseorangan. Aku hampa ditinggalkan terkapai-kapai keseorangan. Aku keliru didalam nyata. Alam aku menjadi gelap gulita tanpa sebarang cahaya yang dapat memberi petunjuk jalan yang lurus. Aku harus merendah kepekatan malam untuk mencari jalan pulang. Aku buntu dalam memikirkannya. Haruskah aku mencari pepohon yang merimbun untuk aku berteduh.

Dugaan meresapi diriku kini. Aku harus tabah dalam nestapa. Didalam keheningan malam, Dapat aku rasakan jiwa aku begitu terusik. Aku seolah-olah diawangan tanpa pegangan. Manik-manik halus terpancar diwajah aku yang kelesuan. Aku tidak pasti dimana aku berpijak. Adakah aku rasa kekosongan dijiwa?


Pantai Yang Dipukul Ombak

Sia-sia sudah kita jalin cinta
Bila hati slalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu

Tiada lagi kata cintaku
Tak kan lagi ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Sampai kapan lagi ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku
Tak kan lagi ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu…

bagai pantai yang dipukul ombak, maka pantai juga berubah tapi itukah yang harus disamakan dengan perasaan manusia? adakah terlalu murah untuk berubah jiwa hanya kerana alasan yang terlalu ringan untuk dipertahankan? mungkin ini bezanya manusia, tentang sebuah hati tentang sebuah perasaan.

diam aku di sini cuma mengungkap tentang apa sebenarnya yang mereka rasa di dalam hati itu sehinggakan sanggup melihat perasaan orang lain yang terluka. aku temui jawapan di situ, tak lain hanyalah untuk kepentingan diri. apa saja yang ditempuh bersama selama ini bagaikan hilang di bawa angin. yang ada kini adalah harapan kononnya untuk membuka lembaran baru, memulakan satu perjalanan yang sudah diketahui titik noktahnya, sedang satu jiwa mula hanyut dibuai gelora cinta, jiwa yang lainnya terkilan mengenangkan kenangan bersama : begitu rapuhnya cinta.

nyatanya, hak itu telah hilang kerana telah terungkap kata berpisah tapi andai manusia yang punya perasaan pasti menyusun langkah satu persatu agar tiada hati yang kecewa, tiada jiwa yang terluka. ibarat tanah kubur masih merah....

di sini aku akan terus memerhati, sekelumit kecil terdetik rasa kesal di dalam hati, dia kah yang pernah aku kenali? dia kah yang pernah aku sayangi? dia kah yang letaknya di dalam jiwa tanpa sebarang wasangka? jika dia yang selama ini mendiami hati aku, benarlah aku yang buta pada cinta.

p/s : tiada lagi yang ku harapkan .....

29 October 2007

Rutin Seharian

Hari ini aku sibuk sekali dekat tempat keje. Hari-hari ader sahaja member yang tidak datang. Itu yang membuatkan aku tension. Mana bisa aku nak cover semua keje orang. Keje aku sendiri pun tak terbuat, Inikan nak buat keje orang. Keje aku selalu tertangguh. Pagi-pagi lagi belum pun waktu bekerja, Aku dah mula menyemak Report-report hari sebelumnya untuk diletakkan didalam bilik Production Menager.

Selepas menyemak dan memasukkan data dalam komputer aku, Aku sedikit sebanyak mengabil tahu apa yang berlaku semalam atau apa yang barang hendak masuk hari ini. Nanti bila masuk bilik Production Menager terketar-ketar lak aku hendak menjawab bila ditanya. So aku kene juga buat persiapan sebelum menghantar report semalam. Bukan setakat itu jer. Aku kene semak pulak rekod kedatangaan department aku. Selain itu kene kira Ot pulak sebelum dihantar ke bahagian Personal.

Buat ini sahaja sudah nak dekat pukul 10.00 pagi. Itu belum faxs lagi la dukemen-dukemen yang lain. Bila lori sampai nak kene check kuantiti barang pulak kalau takder orang dekat gudang. walaupun aku busy namun aku seronok kerja dekat sini. Sebabnya aku tidak terkonkong oleh satu pekerjaan sahaja. Aku boleh bergerak bebas kemana sahaja dekat sini.

27 October 2007

Selamat hari raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sudah sebulan kita berpuasa di bulan ramadan. Kini Saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia dengan ketibaan bulan Syawal. Syawal disambut meriah oleh semua umat islam di seluruh dunia tidak terkecuali oleh kita semua rakyat malaysia. Tapi Di Malaysia Syawal disambut dengan unik sekali dimana kita semua pelbagai kaum atau bangsa dimalaysia merayakan bersama-sama. Itulah keunikan Malaysia dimata dunia
Tradisi kunjung-mengunjung dari dahulu hingga kini masih wujud. Ini membuatkan kita semua hidup dalam keadaan yang aman damai. Masing-masing saling menghormati antara satu sama lain. Kita semua seharus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan melihat pada diri kita sahaja tetapi harus memikir secara menyeluruh. Jika kita rasa kita kekurangan, Mesti ingat orang lain lebih kurang bernasib baik dari kita. Itu Seharusnya menjadi pedoman buat kita sebagai renungan bersama didalam menjalani kehidupan kita.
Kata orang, Disaat kita bergembira, Jangan la pulak kita membazir. Buat perancangan sebelum membuat keputusan..
Aik melalut lah pulak aku ni. Ermm... Raya tahun ini merupakan Raya paling seronok sekali. Aku sememang berasa puas sekali walaupun penat. Masakan aku tak penat sehari sebelum raya aku masih lagik kerja. So persiapan yang dibuat adalah di saat-saat akhir sebelun menjelang hari Raya. Ermmm.. Banyak jugak keperluan dibeli disaat-saat akhir. Aku cuma beli keperluan yang asas sahaja.

Mencari jodoh untuk aku..

Ermmm.. Aku tergelak sendiri. Aku tetiba dikejutkan dengan soklan yang amat menggelikan aku. Aku sendiri tidak percaya dengan dengan soklan yer yang sebegitu rupa. Bila aku teringat balik kata-kata dia pagik tadik memang aku ketawa sendirian.
Aku baru saja masuk opis. Tetiba Bos aku minta gambar aku. Aku terkejut biawak dibuatnya. Dia kata wife dia minta gambar aku. Hehehehehe.. Aku ketawa berdekah-dekah. Aku berasa hairan jugak. Tahu tak gambar itu hendak dibuat apa? Ermmm.. Rupanya wife bos aku nak tolong cari jodoh untuk aku. Aku ketawa lagik.. Memang lucu sangat bila dipikirkan semula.
Aku sendiri keliru dibuatnya. Sama ada bos aku atau wife yer yang memulakan topik ini. Macam mana eksss. Siapa nak tolong jawab ni? Aku pun sememangnya rasa malulah pulak kalau diketahui oleh teman-teman atau orang lain. Aku biasa jumpa dengan wife Bos aku masa raya tempoh hari. Mereka datang anak beranak pada hari raya pertama hari itu. Memang aku tidak nafikan wife Bos aku sememangnya seorang yang peramah.
Sememangnya aku dengan Bos memang rapat. Sekali- sekala dia ader juga ceta masalahnya
dekat aku just, kata orang untuk bertukar pendapat mahupun menghilangkan tekanan. Apapun aku ucapkan terima kasih bebanyak kerana menganbil berat keatas diri aku. Kata orang kalau ada jodoh takkan kemana. Gunung dikejarkan takkan lari. Yang penting Jika dah sampai seru dan jodoh sudah didepan mata, Maka Kahwin lah jugak aku nanti. Perancangan sudah ada. Cuma menanti hari yang bahagia itu sahaja. Doakanlah agar jodoh aku sampai jugak, Pada hari itu, Aku adalah orang yang paling bahagia didunia ini. Hehehehe..
Bila dipikirkan balik, Sudah pastinya Hujung tahun hadapan menjadi saksi pilihan hati aku untuk melansungkan perkahwinan. Atau selewat-lewatnya awal tahun 2009. Ini matlamat aku pada masa-masa hadapan. Sebagai manusia, Kita hanya merancang tapi tuhan yang menetukan segalanya. Semuanya sudah tertulis didalam kamus hidup aku. Aku hanya boleh merencanakan.
Warna tema yang aku pilih untuk hari bersejarah untuk aku dan juga bakal isteri kesayangan aku nanti ialah warna hijau ataupun warna oren. Ermm.. macam warna Ziana Zain sahaja. Maybe... Kuang... Kuang... Kuang... Bagi aku Warna ini menpunyai sentimentalnya yang tersendiri. Warna yang terang tapi lembut jika ia diterjemahan kedalam alam rumahtanngga.

26 September 2007

Dikala Ramadan

Pertengahan ramadan kali ini membuatkan diri aku rasa tersentuh. Aku teringatkan masa -masa bersama. Terlalu indah untuk dikenang. Saat-saat manis sentiasa bermain -main dipikiran. Bunga-bunga cinta yang mekar diperkarangan taman menanbahkan seri lagi saujana mata memandang. Alangkah indahnya waktu itu. Bak kuntuman bunga segar mewangi selepas disimbah hujan.
Aku tidah penah menyalah keadaan. Malah aku berterima kasih kerana mematang kehidupan aku. Apa yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tiada siapa yang tahu antara yang tersurat dan tesirat. Sebagai insan yang lemah aku pasrah dalam meniti kehidupan ini yang penuh dengan liku-liku serta oanak duri yang sentiasa mencengkam hati dan perasaan. Ini semua adalah rencah dalam kehidupan ini.
Kita hanya mampu merancang tapi ketentuan datang dari Nya. Aku pasrah apa yang tertulis untuk kehidupan aku. Aku harus teguh dalam meniti lorong-lorong becak yang penuh dengan ujian. Aku harus melaluinya walau apa pun yang bakal terjadi. Itu sudah termaktud didalam kamus kehidupan aku.-

31 July 2007

28 dan 29 Di Kuala Lumpur..

Pagi-pagi sudah posing dekat tasik Titi Wangsa. Bukan selalu dapat berkunjung, So apalagi posing jerlah sambil menghirup udara yang nyaman sambil mata melilau melihat persekitaran.

Cantiknya panorama dekat belakang. Seindah mata memandang, Indah lagi kalau berada disini.


Alahai semalam tido tak nyeyak atas bas. Mata rasa semacam saja. Macam mana nak tido kalau, Kengkawan asyik melalak saja sambil berkaroke.

Ok tak! kalau aku posing macam ni. Tak tau nak posing macam mana dah. Hehehhe...


Lepak-lepak jap atas kerusi sambil menunggu member mandi. Lepas ni nak jejalan area Chow Kit. Nak beli barang untuk dibawa pulang ke Penang. Tak tau lagi barang apa yang hendak dibeli.

Penat berjalan dekat area Chow Kit . So dalam bilik apa lagi terus tersadai. Terbongkanglah..


Aku bersama teman-teman sempat bergambar lagi sebelum naik Eye of Malaysia. Seorang Rm 15.

Aku Bersama Edy


Aku bersama Razak


Razak bersama Adi
Ketua Pemuda Cawanagan Kampung Aku


Apalah budak-budak ini buat. Ramai juga berkumpul. Apa yang mereka Bualkan.

Aku Kembali!!

Sekian lamanya aku tidak update aku punya blog. Masa yang tidak mengizinkan. Ditambah pulak dengan PC aku yang slow. Dengan suasana kehidupan aku yang berubah sekarang, membuat aku memerlukan semangat dalam menghadapi cabaran dan juga dugaan. Hampir tiga bulan aku menghadapinya dengan penuh kekosongan. Biarpun aku tahu semua ini tidak mungkin seperti dahulu. Namun sisa-sisa kenangan lalu tetap aku semadikan di ingatan..
Kini aku mula hidup baru dengan bertunjangkan keyakinan diri. Aku tidak perlu berharap atau simpati daripada sesiapa. Aku harus menjalani kehidupan ini dengan memandang kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagik. Itu yang pasti dalam merealisasikan impian aku kini.
Hari ini aku mula bekerja ditempat baru. Suasana yang amat berbeza dengan dengan kerja aku yang sebelum ini. Aku bertekad akan membuat yang terbaik dalam merealisasikan impian aku termakbul. Aku harus belajar dari bawah dalam mempelajari sesuatu yang baru serta memugut pengalaman. Buang segala perasaan malu. Biarlah apa yang orang kata asalkan kita tahu apa yang kita lakukan.
Aku harus bersikap realistik bagi melonjakkan diri aku kehadapan. Persaingan ada dimana-mana. Kita harus ingat tidak semua orang suka pada kita. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Aku akui, Aku sememang Mempunyai perasaan malu yang menebal idalam diri. Oleh itu, Jika orang belum penah bersemuka atau mengenali aku dengan lebih dekat. Maka ungkapan "SOMBONG" pasti sesuai diungkap pada aku. Sudah berulang kali aku mendengar ungkapan itu.
Sampai disini dulu buat kali. Kita sambung di lain hari..

13 June 2007

Rahsia Semalam


Senyuman yang terukir bak delima yang kemerahan. Mata yang memandang terselit satu persoalan. Jiwa yang bergelora dihempas badai ilusi. Setiap mata-mata yang memandang tersimpan satu pertanyaan? Bagi yang manyaksikan sejauh manakah langkah terhenti. Kehidupan ini bagaikan pertaruhan. Semakin kita menghindarinya semakin ia mengejar. Bebayang semalam terus manghantui tanpa berbicara.

Rindu.. Selalu datang.
Kasih.. Tiada terhenti..

Sayang.. Tiada akan pudar.
Cinta.. Sentiasa mekar mewangi.

Disini bermula sebuah cinta. Yang lahir dari keikhlasan hati. Bunga-bunga cinta lahir dari hati nurani. Ia datang tanpa diundang. Sememangnya indah untuk diperkatakan. Nikmatnya tiada terungkap. Hanya Taj Mahal menjadi saksinya.

Istana yang dibina dari memori semalam. Akan aku jadikan Mahligai Impian. Akan aku hiasi dengan bebola buih yang sentiasa bergermerlapan disambar mentari. Lurah-lurah dan anak-anak sungai akan dihubungkan dengan warna-warna pelangi. Hujan yang turun bagaikan manik-manik yang berkilauan.



Seandainya dapat ku ulangi
Semalam yang penuh bererti
Kan ku cuba sedayanya
Agar cinta 'kan bersemi


Akan kusulam renda pelangi
Ku jadikannya cindai sutera
Penyeri jendela kamarmu
Biar alam termangu


Tak akan aku biarkan
Malapnya kerdipan
Sinaran bintang di langit
Teman tidurmu
Akan ku pancarkan
Kilauan mutiara
Disaksikan bulan pernama

Akan ku bait puisi syahdu
Diiringi senandung rindu
Ditinta emas terukir namamu
Namaku bersatu

Untuk apa dirindui
Bulan yang tinggi
Sedangkan di bumi
Masih tak ku kenali
Dalam hati ini
Rahsiaku tersimpan
Melayari bahtera impian




03 June 2007

Penawar Rindu.. 29 May 2007, 04:53 AM

rindu lah saya ngan awk .. tak tau nak kata .. tak leh nak tido setiap ari .. kepala dok sakit semacam ajer .. susah nak ckp ahh .. keje pun lom dpt lagik .. tgh dok keje partime ajer .. gi interview sana sini pun susah nak dpt .. tgh sabar lah jugak nih .. tapi nak wat cam mana .. tolong mak saya ajer lah .. pastu ptg saya gi repair pc kat cc .. tuh jer lah .. saya harap awk paham yer .. jgn salah anggap lak .. kan ker saya dah kata saya terbubuh nick kat dlm MYspace iM tapi tak tau kat pc mana .. so kalau ade yg bukak pc tuh bender tuh online ahh .. tuh jer .. nih pun saya lepak kedai member ajer .. leh lah dpt msg awk .. pe sumer .. rindu tu tak leh nak citer ahh .. dah memang ahh .. tapi saya nak awk jgn nak maksa lak .. bukan nyer saya ade duit sgt nak ke cc pe sumer .. duit pun abis kat moto ajer .. bukannya saya nak memana pun .. just please paham ngan situasi saya sekarang ni tu jer .. tapi kalau saya tak dpt nak call awk pe sumer tuh .. saya mintak maap banyak .. kalau saya ni berduit kat dlm tgn tuh ari ari tak kisah lak .. inikan nak beli rokok pun takder lansung .. cam mana tuh .. nih saya kali ini dah tahap critikal giler .. lelama saya kat sini jadik batu terus .. awk tau tak .. ahhh .. bukan nyer senang dok kat tpt sendiri ngan tpt org .. tpt sendiri pun saya sendiri tak tau mender .. inikan tpt org ..lagi lah tau apa .. so saya harap awk bawa sabar bebanyak .. mana lah tau kot kot dpt keje yg bagus .. boleh lah kita jumpa .. makan sesedap memana ker .. apa ker .. saya pun tgh usaha keje memana kalau boleh .. saya bukan nyer memilih keje ker apa ker .. mana ade .. tau kalau ade keje apa apa saya sambar jer .. tak kira lah .. jgn awk pikir saya kat sini dok senang lenang lak .. saya mintak maap banyak lah kat awk k .. saya sayang awk tau .. awk ingat senang ker .. saya nak tinggal kan awk cam tuh jer .. kenal dah baper lama pastu nak tinggal kan sesuka ati saya ajer ker .. itu bukan ND lah .. ND bukan org yg perangai cam tu lah .. walau cammana pun antara kita berdua biar lah kekal lama .. walaupun berjauhan .. tapi hati saya tetap sayang kan awk .. so nak wat cam mana .. kan .. rindu tak ? saya lagik rindu tau .. rasa cam nak balik png ajer .. tapi kalau saya balik sana .. apa lak yg akan terjadi ngan yg kat sini .. susah jadik nyer .. memacam yg saya pikir.. macam-macam .. masa begitu cepat berjalan .. bukan nyer senang nak kejar masa .. awk sabar lah yer .. hati saya sedih tau masa nak tinggal kan awk .. macam saya dah terlepas bender yg sangat saya sayang .. tapi nak wat cam mana .. hanya serah pada takdir .. kita cuma merancangkan nyer .. susah saya nak tinggal awk .. saya tak mau .. saya sayang awk sesangat yg saya sayang .. rindu awk selalu .. jaga diri bebanyak .. jgn pikir yg bebukan .. tumpukan pada diri awk .. k .. miss u a lots :)

02 June 2007

AKU TIDAK SEKUAT SEPERTIMANA AKU SANGKAKAN..

Sepurnama aku bagaikan lelayang yang kehilangan arah. Tiada Ku duga tiada Ku sangka impian hanya tinggal secebis memori yang terpahat dilubuk hati. Telah Aku jejalajahi lubuk hati yang bergelora bak stunami kasih yang tiada penghujungnya. Aku cuba menyelami diri agar tabah menghadapi dugaan. Aku tidak mahu terus hanyut tanpa dikawal. Aku harus bangun dalam menghadapi saat-saat getir ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Bingkas bangun melawan gelombang ombak yang tidak tahu siapa mangsanya. Aku seharusnya menerima keadaan ini dengan seadanya.

Tak mungkin aku berpaling pada keadaan. Hanya keadaan yang bisa merubah suasana.Sejenak bila aku dikejutkan.. Suasana pilu menyebelubungi kalbu. Mana biasa aku merubah keadaan. Dinginnya aku rasa tanpa malam yang bertamu.Tiada lagi kata-kata ungkapan bernafas cinta. Biar dicengkam sesejuk salju namun keheningannya hilang, Bila nafas tersekat. Awan kelabu menebarkan sayapnya. Pelangi petang mengiringi badai semalam. Hembusan sang bayu bagaikan hamparan selautan kasih.

Didalam sendu yang terpadu, Terlukis sebuah potret ilusi.Tiada warna, Tiada gambaran. Yang terlihat hanyalah titisan jernih yang membasahi kelopak mata. Dari kejauhan itu, Terungkai sebuah memori semalam. Masa berlalu begitu pantas.Aku akan hanyut, Tanpa keyakinan diri...

AKU TIDAK SEKUAT SEPERTIMANA AKU SANGKAKAN..

21 May 2007

Bebayangan semalam...


Bagaikan terdengar suara yang menghembus didalam tangisan. Terasa diselimuti kehangatan kenangan lalu yang sentiasa berlegar-legar dikotak pikiranku tanpa rasa jemu-jemu. Biar dicengkam gelisah, Namun pada hakikatnya saat-saat terindah sentiasa menemani sepanjang masa. Bayangan semalam masih aku terasa. Aku cuba mengejar bayangan itu tapi tersungkur dipersimpangan dilema. Tidak tercapai oleh akal. Tercoret ikatan yang pernah lalui bersama-sama. Aku terkapai-kapai dilautan sepi serta dirembis oleh taupan rindu.

Terkapai-kapai mencari haluan yang sebenar. Mendung hitam'yang berarak, Tiada tanda-tanda beransur cerah. Tompok-tompok hitam bagaikan cemburui langit yang membiru. Aku hanya mampu berserah tatkala hanya iringi doa sebagai penganti diriku yng jauh diutara. Sambutlah salam sayang yang sentiasa dahagakan kasih sayangmu seperti dahulu...

14 May 2007

Jiwa Kekosongan


Dimanakah aku berada sekarang. Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu. Rindu bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Dia hadir memberi kedamaian. Dari kenalan lahir sayang. Masih terasa manisnya detik-detik bersama 050505 menjadi saksi. Cinta adalah sesuatu yang indah dan sukar dikawal. Cinta terlalu indah berkongsi dengan yang tersayang. Tersingkaplah tirai cintaku bagai lahar yang mengalir. Seumpama kawah yang terbuka luas. Dihati hanya terpahat namanya...

11 May 2007

Dalam Kesakitan Ini..


Kuhanya sekadar
Menguji teguh cintaku
Selagi mentari dan bulan
Menyeri alam
Selagi itulah
Cintaku tetap padamu..

Seandai hatimu
Ditimpa resah yang panjang
Sebutlah namaku
Agar dapatku rasakan..
Kubelai rindumu
Seikhlasnya naluriku
Tanpa ada dusta
Yang melenyapkan
kasihku

Kata hati kaulah segala
Yang bersemi
Menyatu kembali ertinya rindu
Kasihmu dalam kasihku
Indah gundah
Serassi di dalam cinta kita
Tiada kalimah bisaku ungkapkan
Batapa kau kukasihi...


23 April 2007

Sekitar 14 dan 15 di Langkawi..

Happy sangat. Biasalah kalau pergi berjalan-jalan sudah semestinya penat.
Merenung jauh sampai kedasar laut. Mencari sesuatu yang pernah hilang suatu ketika dahulu.
Relax sekejap selepas penat berjalan-jalan dikawasan sekitar yang penuh mencabar diatas puncak Gunung Mat Cincang..
Horey Aku ada di Dataran Helang Langkawi..
Penat sangat. Nak senyum dah tak terdaya dah. Sehari suntuk asyik berjalan sahaja. Kata orang mengejar masa. Hehehe.. Sabar jerlah... Bukanya selalu dapat datang sini...

Alahai kesian. Tunggu punya tunggu tiada sesiapa pon yang datang teman. Nak buat macam mana sabar jerlah. Manatau kot-kot sesiapa datang nanti boleh dibuat teman. Hehehe...

Bila ler nak sampai Kuala Perlis nih. Tak sabar rasanya nak pekena laksa perlis. Kata orang laksa dekat kuala perlis memang sedap. Boleh beli belacan dan buah mangga sekali sebagai buah tangan.

Letih sangat sampai tertido dalam feri... Siapa yeh yang ambik gambar nih. Entah-entah masa itu aku tengah mabuk laut kot. Kata orang ala-ala pening-pening lalat gitu..



21 April 2007

Peralihan Usia..

Sudah lama aku tak update blog aku ini. Sejak kebelakang ini aku sibuk sangat. Balik kerja, lepas makan terus lentok atas katil. Hanyut sampai ke pagi. Begitulah rutin aku setiap hari. 31 Mac lalu aku telah menyambut ulangtahun yang ke-3o. Pelbagai onak duri telah pon aku tempuhi sehingga aku menjangkau usia aku sekarang. Itu semua Menjadi aku lebih tabah dalam menghadapi liku-liku perjalanan hidup aku.

Pelbagai cercaan, Hinaan, Usikan dan pelbagai lagi adalah sebahagian dari hidup aku. Aku pasrah dengan keadaan. Bukan aku minta lahir jadi sebegini. Ini semua kehendaknya. Aku cuba menjadi seorang yang tabah tapi aku rebah ditiup bayu. Peralihan usia membuatkan kita lebih memahami diri sendiri. Tanpa keberanian hidup ini tidak bermakna. Aku peka dengan keadaan. Tapi keadaan tidak peka dengan perkitaran, Kitaran alam membuatkan bumi sentiasa berposing. Aku renungi masa-masa mandatang. Dimana aku akan berpijak. Adakah aku terus dibuai mimpi yang tiada penghujungnya.

AKU PASTI MENEMUINYA...

27 March 2007

Erti Kehidupan...

Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu dengan mudah. Melainkan dengan usaha kita sendiri. Usah keliru dengan godaan serta cabaran yang semestinya mahu kita menyerah kalah. Tanpa kesabaran dan ketabahan pasti kita tersungkur ke bumi. Jangan bandingkan ukuran di badan orang lain. Ukurlah badan sendiri. Itu lebih bermakna serta memberi kepuasan pada diri sendiri. Demi masa kita dalam kerugian. Demi cita-cita kita harus mengejar. Demi kehendak kita harus berusaha. Demi cinta kita hanyut.
Dalam tempoh dua dekad ini, Aku banyak mempelajari sesuatu yang baru dalam sebuah erti kehidupan. Kehidupan yang banyak menyuntik asam garam dalam kehidupan kita seharian. Harus di ingat masa yang sudah berlalu tidak akan berpatah balik lagi. Melainkan kita semestinya merencanakan dengan bijak dalam mengharunginya pada masa akan datang. Setiap hari kita pasti akan diungkapkan dengan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita seharian. Cuma kita harus bezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik.
Kini aku pelajari sesuatu yang baru. Aku tersentap dari lamunan semalam. Aku terpikir dimana kasih sayang yang sebenar?. Dimana sebuah pengorbanan?. Semasa aku sakit tempoh hari, Aku cuba menggungkai sebuah erti Perkongsian hidup. Empat hari aku memerlukan teman yang benar-benar dapat merasakan apa yang aku rasakan. Kata orang gembira , sakit, susah, senang biarlah tanggung bersama. Sedangkan orang lain bertanya khabar serta memberi kata semangat. Terubat juga juga kesakitan yang dialami. Aku juga terharu dengan pengorbanan emak. Masa aku sakit, Dialah yang banyak membantu aku. Menjaga aku. Membelai aku. sehingga pada satu masa aku tersentuh dengan pengorbanannya.
Aku ingat lagi satu malam. Aku tidak dapat tido dengan lena. Kepala aku sakit sangat. emak aku sanggup hendak teman aku tido diruang tamu. Tapi aku menolak dengan baik.Aku cuma nak rehatkan badan sahaja sambil menonton tv. Nanti bila mata mengantuk aku akan masuk tido. Pada masa itu hati aku tersentuh sangat. Tanpa aku sedari air mata berlinangan membasahi pipi. Aku tengok emak tertido disisi aku. Dalam masa aku sakit emak jugaklah yang menjaga aku. Aku kabur dalam terang.
Aku tidak mengerti..
Aku tidak akan bersuara..
Aku hanya mampu berdoa..
Aku hanya insan yang lemah..

23 March 2007

Keliru..


Mengapa aku berasa terasing sekali hari ini. Seolah-olah aku keseorangan. Mencari sesuatu yang tidak pasti. Entah mengapa aku terlontar di lautan sepi. Hanyut tanpa haluan sebenar. Semakin aku mencari jalan pulang, semakin aku hanyut dibuai perasaan sendiri. Apa yang aku dapat lakukan hanya mencari jalan yang lurus. Jalan yang membawa aku kebahgiaan. Aku akui, Aku gagal dalam pelayaran hidup aku. Apa yang aku racang kini semakin meruncing. Aku Tiada dapat berkata apa-apa melainkan hanya berserah. Aku hampa dengan apa yang berlaku. Aku kesal dengan apa yang terjadi. Aku hanya mampu untuk memulihkan keadaan namun aku tidak ada hak untuk bersuara. Di manakah letaknya kasih sayang?

Perjalanan hidup semakin jauh. Apa yang aku ada sekarang aku harus pertahankan. Biarlah aku menjadi seorang pencinta yang kesepian. Merayu-rayu tidak sama sekali. Biarlah aku menerangi kehidupan orang lain. Aku mengaku kalah. Aku tidak dapat menjalankan tugas aku dengan sebaik mungkin. Biarlah aku mengaku kelemahan dan kesilapan aku sendiri daripada aku bersikap talam dua muka. Aku tidak mahu ego akan menghayutkan diri aku sendiri. Last sekali aku yang menyesal kelak. Aku hargai apa yang ada di depan mata.

Aku insan yang lemah. Hanya mampu berserah. Aku tidak sekuat sepertimana yang aku sangkakan. Tapi aku cekal dalam menempuh dugaan ini. Kalau tidak sudah lama aku tersungkur dalam kehidupan ini.

08 March 2007

Berpantang Maut Sebelum Ajal...

Hari ini aku nyaris-nyaris mengucapkan selamat tinggal pada semua... Pagi-pagi lagi aku dapat rasakan perubahan pada diri aku... Seluruh badan aku terasa sakit... Kepala aku sudah dua hari terasa pening... Hari sebelum ini aku dapat buat seperti biasa... Tapi hari ini, aku tidak dapat menipu diri sendiri... Aku hanya diam tanpa sepatah kata... Cuma aku menyampuk jika perlu sahaja... Sedangkan teman- teman aku Amir, Aiz, Mee dan Saiful asyik menyanyi... Mereka saling kait mengait antara satu lagu dengan lagu yang lain sesama mereka...

Nanti Break pukul 12pm aku hendak pergi klinik... Aku rasa perlu klinik sebab pening aku semakin menjadi-jadi... Aku takut juga mana tau takut-takut ada penyakit lain... Emak aku selalu marah kalau aku selalu sebut perkataan pening... Ini pernah berlaku pada jiran sebelah rumah aku... Dia meninggal dunia akibat disahkan penyakit barah... Sebab itu emak aku melarang aku berkata demikian selalu...

Aku ingat hendak ajak Nd temankan aku ke klinik... Aku takut gak membawa motor dalam keadaan sebegini... Nak buat macam mana kalau Nd tidak mahu temankan... Ini kan masa makan... Dia takut tidak sempat pergi makan... So dipendekkan cerita aku pergi seoranglah nampaknya... Aku pun tak nak menyusahkan sesiapa cuma aku rasa perlukan pertolangan masa itu... Lagi pun sebelum ini aku pergi seorang jugak...

Apa yang aku takutkan hampir-hampir terjadi jugak... Cuma kata orang berpantang maut sebelum ajal... Aku nyaris-nyaris dilanggar kereta masa dekat lampu isyarat masa dalam perjalanan ke klinik... Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu... Aku cuma terlanggar pembahagi jalan sahaja... Nasib baik tiada apa-apa yang belaku pada aku... Masa aku sampai ke klinik tiada orang... So dalam pukul 12.35pm aku sudah sampai ke tempat keje semula... Apa yang berlalu tadi aku tiada ceritakan kepada sesiapa pun... Bila sampai aku terus tido untuk hilangkan perasaan terkejut tadi... Aku bersyukur kerana dapat menikmati kurniaannya lagi...

Aku kesian pulak tengok Nd murung masa balik kerja tadi... Aku tahu dia kecewa sebab aku tidak ot hari ini... Kalau tak dia boleh main game dengan kengkawannya... So dia taklah murung macam hari ini... Semalam dia nampak happy saja apabila dapat main game... Hari ini aku memang tak larat hendak ot... Maafkan aku Nd... Hari ini aku tidak mampu nk buat... Aku rasa macam nak pengsan sahaja masa dekat tempat keja...

Apa yang emak aku kata tempoh hari, Sememangnya dia kotakan... Aku dapat rasakan... Hidangan hari ini memang sepertimana dia kata hari itu... Aku tengoknya macam murung semacam sahaja... Aku tak berani nak tegur... Takut-takut silap hari bulan aku kena lazer pulak... Lebih baik aku buat tak tau sahaja... Aku tengok perubahan itu sudah seminggu...

Untuk mencari ketenangan yang terkusut... Aku melihat matahari terbenam dibelakang rumah aku... Dibawah pohon jambu batu, Aku melihat kecantikan matahari terbenam... Warnanya kemerahan menenangkan pikiran aku yang terkusut... Angin-angin yang bertiup sempoi bahasa membuatkan tubuh aku kedinginan... Daun-daun jambu yang seumpama melambai-lambai bila ditiup angin... Rasa tenang sekali...


05 March 2007

Pahit Telan Jua

Emak aku baru balik dari menziarah orang meninggal...Tadi masa tiada orang... Hanya aku bersendirian aku kena lazer dengan emak aku... Aku paham maksudnya... Aku hanya pandai meminta bukan memberi... Ini semua gara-gara motor aku rosak tempoh hari... So bulan ini budget aku lari sikit... Aku hanya bagi duit yang aku pinjam hari itu sahaja... Dari pagi tadi lagi aku sudah terasa sesuatu... Cuma aku buat tidak tahu sahaja... walaupun aku nampak macam gembira... Tetapi sebenarnya aku menyembunyikan kegelisahan...Tiada siapa yang menduga apa yang aku pikir masa itu... Biasalah gaji aku bukan banyak sangat... Sudah jelas bil-bil hanya tinggal berapa sahaja... Sebab itu aku sekarang jarang keluar kemana-mana... Kalau tanpa tujuan... Kata orang beringgat sebelum terjadi sesuatu tak diingini... Kalau tejadi sesuatu dekat jalan macam mana? Tetapi orang tidak paham... Orang hanya pandai mengata... Bukan dapat menyelami kesusahan orang lain...

Balik dari kerja tadi aku memang malas hendak balik rumah... Aku tahu akibatnya... Tapi emak aku hendak guna duit itu... Nak beli padi benih... So mahu tak mahu aku balik juga...Masa balik aku hanya diam sahaja atas moto... Pikiran berlegar-legar... Memikirkannya... Balik dari pejabat pos singgah umah Ans jap... Bayar duit kutu... Keluar duit lagi... Heheheeh... Barang-barang dapur belum lagi beli... Ini yang merunsingkan aku dari tadi... Emak selalu merunggut... Hari-hari beli ikan, sayur serta barang-barang basah yang lain kekadang sepuluh ringgit pun tak cukup... Tapi biasalah aku... Aku hanya diam sahaja...

Aku masih tergiang-giang lagi kata-kata emak aku tadik... Esok aku rebus sayur makanlah hangpa... Aku dapat bayangkan perasaannya... Betapa hatinya hancur... Aku tidak banyak cakap... Aku lalu meninggalnya... Aku terus masuk bilik... Aku buka lagu-lagu koleksi Ziana Zain dalam internet... Tiada sesiapa untuk aku mengadu ketika ini... Nd entah kemana tidak balik- balik lagi... Jam menunjukkan 11.30pm... Biarlah dia hendak enjoy dengan kengkawan ...Tinggallah aku keseorangan melayan perasaan sendiri... Hendak luah yang terbuku dihati... Tiada sesiapa disisi... Hanya aku mampu luahkan disini...

04 March 2007

Igauan...

Aku tidak tahu... Aku tidak mengerti... Mengapa aku dilayan sebegini rupa... Apa salah aku... Apa telah aku buat... Membuatkan aku menjadi tanda tanya... Aku telah sedaya upaya... Tiada jawapan yang diberi... Hanya membisu seribu bahasa... Aku terus diherdik bila tersalah langkah... Aku Di elak bila cuba bersemuka... Aku disanggah bila tersalah cakap... Aku umpama lilin yang sedang membakar diri aku sendiri...

Tiada lagi kata-kata indah yang terucap... Tiada lagi belaian kasih sayang yang didakap... Tiada lagi senyum tawa yang berpanjangan... Aku hanya melihat kedukaan yang terpancar diwajah... Seolah -olah cuba mengaburi mata ini... Aku tahu itu semua... Aku hanya mampu berdiam diri... Tiada mahu berpanjangan... Biarlah ia menjadi rahsia hati aku... Aku tidak mahu banyak bertanya... Kelak aku juga yang akan disalahkan... Kata pepatah... Tak cakap pun salah cakap lagilah salah...

Hari-hari yang dilalui penuh dengan tanda tanya... Mengapa kemarahan disandarkan dibahu aku sahaja... Dalam hal ini aku tidak penah menyalahkan sesiapa... Malah aku menyalahkan diri aku sendiri... Kerana aku tidak penah memberi ketenangan pada orang disekeliling aku... Aku membuatkan mereka tertekan... Aku membuatkan mereka merana... Aku membuatkan mereka membenci aku... Aku juga membuatkan mereka Marah pada aku...

Sudah sekian lama aku cuba mengenali diri aku... Namun aku tidak penah temui jawapan... Yang aku dapat hanya satu... Apa yang aku buat tidak boleh diterima oleh orang lain... Sedaya upaya aku menyusuri liku-liku kehidupan... Tampak pelbagai cabaran dihadapan... Aku tempuhinya dengan sorang diri... Tanpa bantuan sesiapa... Aku penah meminta... Tapi aku diperleceh sebegini rupa... Jadi aku bertekad tidak akan meminta pertolongan sesiapa lagi... Biarlah aku harunginya dengan hati yang terluka...

Dimana cahaya yang tersembunyi... Aku mahu menyinari hidup aku yang kegelapan... Aku ingin miliki cahaya itu... Walaupun ia tampak samar-samar... Tapi aku yakin aku akan miliki cahaya itu suatu hari nanti... Tiada kata-kata dapat aku ungkap... Tiada rasa dapat aku luahkan... NESCAYA AKU PERCAYA AKAN AKU CAPAI BINTANG DILANGIT KELAK...

03 March 2007

Jiwa Yang Kosong...

Kosong... Kosong... Kosong... Kelam... Kelam... Kelam... Itu yang aku nampak... Aku mencari dimana aku berpijak... Aku meraung dimana aku dicampakkan... Aku menagis Dimana aku berada... Dihadapan ada dua simpang yang berbeza... Aku harus melalui salah satu daripadanya... Aku kebingungan... Aku berasa hairan... Dimanakah sebenarnya aku berada... Ia tampak pelik... Ganjil... Lain dari yang lain... Itu semua bermain dipikiran...

Langkah demi langkah aku atur... Semakin jauh aku dapat rasakan... Dari kejauhan kedengaran satu suara... Entah dari mana... Aku cuba mencari suara itu... Tapi tiada aku temuinya... Semakin lama semakin jauh... Aku jadi kebinggungan... Bagaimana ada orang yang mengenali diri aku... Sedangkan tempat yang aku berada sekarang amat begitu asing bagi aku... Aku mencari jawapan... Sendirian aku manjadi kaku... Kaku dalam kegelisahan... Apa yang terjadi ini mempunyai pengertian...

Sesuatu yang dicari... Memang sukar untuk ditemui... Seakan cuba menglikari diri aku... Di selubungi awan kelabu... Dugaan meresapi diri aku... Gelora pasti mencengkam... Tiada curiga dalam penantian... Aku harus mancari jalan pulang... Pulang dalam KEMENANGAN...

02 March 2007

Mac Yang Ditunggu-tunggu...

Bulan Mac datang lagi... Kedatangannya amat dinanti-nantikan oleh aku... Bulan yang penuh bererti buat diri aku... Tidak mungkin aku lupa setiap tahun... Tahun kelahiran aku... Tiada kata-kata yang dapat aku ungkap... Melainkan hanya bersyukur... Bersungguhkah aku dalam menghadapi dugaan... Dugaan yang selalu mematangkan aku... Aku belajar erti kesabaran... Dalam menempuh semua ini... Apakah gerangan jiwa aku rasa tertekan dengan kenangan lalu ia berulang... Peritnya kenangan silam... Sememang banyak... Mangajar aku erti kedewasaan... Aku tidak dapat larikan diri... Aku tersepit antara bebayangan sendiri... Kemana jua aku pergi... Sentiasa berada dibelakang... Pergi... Jauhkan aku dari bebayang sendiri... Mana mungkin ini akan terjadi... Setiap langkah yang diatur pasti ada kemungkinan... Aku harus bersedia dalam menghadapi segala cubaan... Tahun 2007 harus aku tuju dengan penuh bergaya tanpa menoleh kebelakang lagi... Buang yang keruh ambil yang jernih...

01 March 2007

Mandi Wap...

Best sangat tadi pergi mandi wap dekat Penanti... Aku baru saja sampai rumah... Terus aku update blog aku nih... Lepas waktu magrib aku pun bertolak... Aku tunggu Amir, Saiful, Abg Ari dekat Desa Murni... Nd tak join sekali... Dia sakit kepala... Masa aku nak keluar aku tengok langit hitam semacam saja... So aku keluar dulu sebelum hujan turun... Nanti emak aku tak kasi keluar.

Sampai Sungai Dua angin bertiup kencang dan diikuti oleh hujan... Itu semua tidak mematah semangat aku... Lagipun aku sudah berjanji... Kalau tak pergi kesian pulak dekat N... Isterinya sudah masak untuk kami... N sudah beberapa kali telah menelefon Amir... Ialah kami sampai lewat sedikit sebab hujan tadi... Bila sampai dekat Desa Murni hanya ada Amir seorang sahaja... saiful belum sampai lagi... Lepas itu baru Saiful sampai... Abg ari belum sampai lagi... Amir sudah beberapa kali call namun tidak dapat... Akhirnya kami bertiga pergi dulu...

Lebih kurang sepuluh minit kami sampai umah N... Baru Mie dan Abang Ari sampai... Kami semua dihidangkan dengan mihun goreng singapore serta keropok... Apalagi kami semua pulun sakan sebab hujan kot... Sedap juga mihun yang dihidangkan... Ramai juga ahli keluarga N yang ada... Aku tengok macam kenduri pulak... Lepas makan kami pun pergi mandi wap...

Kami semua parking motor dirumah N sahaja... Kami semua berjalan kaki ketempat mandi wap... Bayaran Rm5 dikenakan setiap orang... Manakala sesiapa yang hendak urut dikenakan tambahan Rm5. Tapi awas tukang urut ini boleh tahu tentang diri anda... Samaada anda sudah berkahwin... Atau mengenai penyakit tukang urut ini dapat meneka dengan betul... Oleh kerana sudah lewat aku hanya mandi wap sahaja... Cuma Saiful, Mie dan Abang Ari sahaja yang mengurut... Setiap orang mengambil masa selama 20 minit...

Bilik mandi wap dibahagikan kepada dua... satu untuk lelaki... satu lagi untuk perempuan... Setiap bilik mempunyai dua depa lebar... tiga depa panjang... Kiri kanan dalam bilik diadakan dua pangkin... So dalam satu-satu masa hanya boleh masuk 10 orang sahaja... dinding diperbuat dari papan lapis... Serta atap... Kita nampak macam kereta lembu sahaja... Disebelah depan unggun api dinyalakan oleh beberapa pekerja... Kalau kita rasa kurang panas... Kita hanya mengetuk dinding sahaja... Secara automatik api akan dibesarkan...

Mandi wap herba ini... Aku dapat rasakan badan terasa segar... Lengguh-lengguh sendi aku rasa berkurangan... Badan terasa ringan... Bau badan terasa wangi oleh campuram herba serta serai wanggi... Bila berkesempatan aku ingin kunjunginya lagi... Kali ini aku hendak urut sekali...

OK SAMPAI DISINI DULU... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

28 February 2007

ФЫВАПРР

Hari ini mengantuk sangat... Dekat tempat kerje asyik menguap sahaja... Macam badak air... Air mata usah dikira... Aku kalau mengantuk air mata akan keluar... Semacam orang sedang menagis... Itulah aku kalau terlalu mangantuk... Barang dekat tempat kerja banyak sekali... Hari lastday dalam bulan febuari... So mana-mana departmen harus bereskan dia punya wip...

Target bulan ini belum dapat lagi... So manager menyuruh setiap departmen harus cepat-cepat... Kalau tidak target bulan ini tidak dapat... Macam biasalah supervisor aku... Dia memang suka buat kecoh... Kelam kabut sana... Kelam kabut sini... Last-last apa pun takdak... Aku dengannya memang tidak ngam... Nd lagi tidak ngam... Hehehe... Aku hari ini memang sibuk sekali... Hari ini aku malas hendak ot... So aku cuba buat cepat-cepat... Agar wip berkurangan... Akhirnya usaha aku berjaya... Aku dapat melepas diri dari ot... Itu pun dia pujuk aku macam-macam... Hari ini aku memang malas sekali... Ngantuk katakan...

Esok supervisor aku cuti... Aman aku rasakan esok... Kalau tidak kecoh dibuatnya... Ader-ader sahaja yang tidak kene... Esok malam aku dan rakan-rakan yang lain akan pergi mandi wap... Dekat Tanah Liat... Aku belum pernah pergi lagi... Esok kalau tidak ada apa-apa... Aku hendak join sekali...

27 February 2007

Hampa...

Betapa sakitnya hati aku hari ini... Tak pasai-pasai melayang duit aku Rm250 Bayar duit motor ... Dua hari motor aku masuk workshop... Sia-sia saja bulan ini dapat bonus... Alih-alih bagi dekat orang... Kalau boleh dihitung Rm250 aku boleh beli apa saja... Baju sudah tentu dua tiga pasang aku boleh beli... Apakan daya... Ini semua dugaan... Mahu tak mahu harus terima dengan seadanya...

Tadik balik dari keje aku terus pegi ambik motor... Motor sudah siap... Namun sebulan dua ini aku dinasihat... Bawak dibawah 60km... Bila naik dibawah 60km... Aku dapat rasakan lambat sangat perjalanan... Rasa macam jauh sangat destinasi yang aku hendak pergi... Umpama naik kete lembu saja... Biasalah selalu Nd bawa laju... So sekarang rasa slow sangat.

Semasa perjalanan hendak pergi ambik motor... Tersempak dengan Saiful... Dia ajak makan ais kacang... Apalagi aku terus setuju... Kami berjanji akan berjumpa ditempat yang selalu mereka makan... Aku dengan Nd pergi ambik motor dulu... Saiful pergi bank sekejap... Apa bila semua selesai... Kami jumpa ditempat yang dijanjikan...

Kami order ais kacang special... Tapi aku kurang puas hati... Sebab dia letak aiskrim berperisa keladi... Aku minat berperisa coklat... Saiful ajak makan bihun sup... Tapi aku rasa kenyang... Bila aku tengok saiful makan Macam sedap saja... Aku rasa teringgin pulak... So aku order satu... Kongsi dengan Nd... Rasa boleh tahan jugak... Mugkin lapar kot... Lepas makan saiful ajak aku teman dia... Pergi Bm... Dia nak beli barang... Nd balik dulu... Sebab hendak hantar balik motor... nanti pukul 6pm adik aku hendak pergi keje...

Aku berborak dengan saiful sampai pukul 5.30pm... Selepas itu baru kami bertolak... Kami sampai Bm sudah pukul 6pm... Sampai sahaja aku terus cari dr tan... Perut aku meragam pulak... entah kenapa sehari dua ini... Perut asyik meragam sahaja... Nak kata salah makan... Aku tidak makan apa-apa... Mungkin aku makan ubat tambah darah... Tekanan darah aku kurang... Mungkin jugak tido yang tidak mencukupi...

Kami pusing satu shopping comlex... Apa yang saiful cari aku sendiri aku tidak tahu... Bila ditanya... Adalah... Aku jadi binggung... Tapi aku ikut sahaja... Tapi yang seronoknya... Ada satu peristiwa... Dimana kunci saiful hilang... AKu tengoknya mukanya... Pucat lesi... Bila dia perasan kuncinya hilang... kami cari dimerata-merata tempat... Tidak kira berapa kali kami lalu... Tempat yang kami lalui mula-mula tadi... Tempat parking usah dikira... Berkali-kali... Perut aku meragam lagi... Entah macam mana aku beri Hp aku pada saiful pegang... Bila aku keluar saiful sudah tiada... Aku pun cari dia pulak... Tak jumpa-jumpa... Aku pergi tempat parking dia tidak ada... Aku naik cari dekat shopping comlex... Aku sudah kepenatan... Nak cari public phone pun susah sangat...

Akhir sekali aku ambik keputusan tunggu saiful dekat parking motor... Dalam perjalanan baru jumpa saiful... Dia pulak sedang cari aku dekat toilet... Bila kami pergi lagi sekali ke tempat parking... kami disapa dari belakang... Rupa-rupanya penjaga parking... Dia tanya kami cari apa dari tadi... Aku kata cari kunci... Rupa-rupanya kunci ada padanya... Tadi dia pergi makan... Sudah tentu kami tidak terserempak dengannya... Kami pulang dengan keletihan... Ahh... Penat.

Aku sampai rumah sudah pukul 9.45pm... Aku terus pergi dapur... Lapar daa... Tadik petang makan bihun sup sahaja... Lepas mandi aku pergi Kepala Batas... Pergi bank sekejap... Emak aku suruh ambik duit pulak... Bila sampai... Aku tengok perkitaran Nampak meriah... Sebelah kiri deretan meja makan kedai Mamak penuh dengan orang... Manakala sebelah kanan deretan meja warung char koey teow penuh dengan orang jugak... Kami duduk meja warung pekene char keow teow... Balik rumah aku Zzzzzz...

26 February 2007

Cuti...

Hari ini aku tidak pegi keje... Motor masih dkt workshop... Aku cuti kecemasan... Tapi tetap bangun awai... Sebab Nd hendak pegi keje... Dia pegi naik motor adik aku... Adik aku keje malam... So Nd boleh pinjam sekejap... Lepas Nd balik adik aku pulak pegi keje... Aku hari ini Pulak kene Keje petang... So tidak ada kenderaan... Jadi aku pun cutilah... So jadual aku hari ini hanya mengemas dalam dan halaman rumah...

Sebelum Nd pegi kami sempat bersarapan dekat warung... Nd pegi keje lewat... Biasalah dia kalau berjaga sampai dua tiga pagi... Susah hendak bangun tido... Hehehe... Jadi kami sarapan dulu... Kami pekene seorang dua biji roti canai dengan secawan tea tarik... Sedap jugak... Lepas makan dia hantar aku pulang...

Di rumah aku tidak duduk sahaja... Aku siram dahulu sayur-sayur dihadapan rumah... Serta pokok -pokok bunga dihalaman... Emak aku tiada dekat rumah... Semalam Sebelum dia pergi rumah Atok... Dia pesan suruh siram pokok... Habis keje diluar... Aku masuk mengemas dalam rumah... Buat apa yang patut... Asalkan tidak berselerak... Semua selesai aku pun Zzzzzzz sekejap...

Bila bangun dari Zzzzz... Aku bukak computer... Update apa yang patut... Bila aku sedang asyik... Hp pulak berbunyi... Bos aku delat tempat kerja call... Suruh aku pergi keje petang karang... Dia kata suruh Nd ambik aku nanti... Aku balas nanti malam aku hendak balik dengan apa pulak... Bebel punya bebel dia akan call lain nanti sebab nak cari siapa boleh hantar aku malam karang... Hp aku berbunyi lagik... Kali ini kak Zie cal... Dia jugak tidak datang keje... Dia hendak pergi ke klinik... sebab tidak sihat... Bila letih aku Zzzzzz lagi...

Kali ini hp aku berbunyi lagik... Nd pulak call... Dia tanya hendak datang keje tak?... masuk halfday... Kalau hendak datang ambik... aku ok saja... Tapi mungkin sampai lewat sedikit... Sebab motor adik aku tidak boleh laju... Semput, So aku tunggu jawapan dari Nd.... Sama ada hendak datang atau tidak... Tunggu punya tunggu... Aku ter Zzzzzz lagik... Aku dikejutkan oleh sms Si Alias... Sms berbunyi kancel... Aku sambung Zzzzz balik...

Aku sekali lagik dikejutkan Oleh sms... Kali ini daripada adik aku... Dia tanya aku ada mana... Selepas reply, aku bingkas bangun... Pergi dapur terus tanak nasi... Sambil menunggu nasi masak aku mandi... Belum sempat aku masak apa-apa... Emak aku sudah balik... Atok aku datang sekali...
So aku jadi malas nak masak... Aku tengok emak bawa balik gulai pajeri terung... Aku cuma perlu goreng ikan sahaja... Bila Nd pulang hidangan belum siap lagi... Perut aku sudah mula meragam... Bila siap semua kami menjamu selera... Aku Nd serta adik aku...

25 February 2007

Ot sia-sia

Hari ini aku ot setengah hari... Nanti balik hendak pergi mandi air terjun dekat Bukit Hijau... Pagi-pagi motor buat hal pulak... Enjin mati dekat lebuh raya... Kena tolak pergi stesen minyak... ingatkan minyak habis... Minyak isi tak boleh hidup jugak... Mungkin aku ingat plug kot sebab hari selasa hujan lebat... Takut masuk air... tukar Plug pun tak boleh jugak... Mahu tak mahu kena bawa pergi kedai jugak... Tolak moto lagik... Aduh.. Penatnya berjalan... Matahari semakin meninggi dilangit... Perut aku sudah menyanyi lagu Ziana Zain... Madah Berhelah... Sampai kedai dia kata tak boleh siap pulak hari ini... Esok pun belum tentu siap... Nampaknya aku tak pergi kerja la Esok... Aku call adik aku... Suruh Dia ambik aku dan Nd dekat Seberang Jaya... Sambil tinggu Adik aku... taukeh sedang check apa yang perlu diganti... Duit lagikk... Hitung punya hitung dalam anggaran RM2oo gak... Geramnya aku dibuatnya... Nanti bagi duit dekat cina itu begitu sahaja...

19 February 2007

Jalan-jalan Penang...

Jalan jalan Penang... Dah lama tak datang sini... Sempena cuti Tahun Baru Cina... Ambik kesempatan posing area Bukit Jambul... Sampai Island terus pergi PISA... Rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan dan MCA... Masa sampai Paklah sudah ada... Masuk saja kedalam terus carik makan... Lapar dah... Jam Menunjukkan pukul 1.30pm... Aku capai nasi goreng bersama ayam goreng... Ramai jugak orang datang... Pelbagai bangsa ada... Itu yang nampak menarik... Lepas makan nasi aku pergi carik air... Tadi cawan habis... makan nasi sahaja tadik... Nasib baik tidak tercekik... Aku pergi carik tea tarik... Nd pergi ambik ais kacang... makan lagi... pekene kuey teow lak... Hari ini kali keempat aku dapat bersalaman dengan Paklah... Nd kata tangan Paklah lembut... Bila semua selesai kami pergi Bukit jambul lak...

Dekat Bukit jambul Orang sudah ramai... Aku posing satu Komlek Bukit Jambul... Sesaja cuci mata... Pinjam kata-kata Nd Jap... Tiada apa yang menrik dekat sini... Kedai-Kedai masih lagik banyak tutup... Raya tak habis lagik kot... Kaki aku sudah lenguh... dari tadi asyik berjalan tanpa henti... cari apa... Aku tak pasti???... Aku ikut saja... Bila penat kami kuar dari komlek... Lepak dekat parking motor jap... Tiba-tiba aku teringgin nak pergi Akurium dekat Batu Maung... So lepas ni aku pergi Batu Maung lak...

Dalam pukul 3.30pm aku sudah ada dekat Akurium Batu Maung... Best Jugak tempatnya... Dewasa tiket hanya RM5. Macam -macam jenis ikan ada... rugi kalau sesiapa belum kesini... Pelbagai spesies ikan yang kita jarang tengok terdapat disini... Paling aku seronok dapat pegang anak penyu... Comel sangat... Dapat jugak aku pegang... Tapi yang paling aku suka... Tengok Belut reben... Cantik sekali... kalau ia berenang umapama Reben yang sedang beralun... warnanya yang kebiruan amat menambat hati... Tak percaya... Cuba datang tengok..

18 February 2007

Selamat Pengantin Baru

Hari ini member baik aku Ans melangsungkan perkahwinannya. Selamat Pengantin Baru Ans serta suami. Semoga bahtera yang dibina ini akan membawa meraka kekal bahgia sehingga ke anak cucu. Tiada jalan yang mudah dalam menjalani kehidupan berdua seandainya tanpa disulami kesabaran.

Percayalah, Asam garam alam rumahtangga sememangnya kita harus menjaga hati semua pihak tertakluk bukan pada diri kita sahaja. Setiap keputusan yang akan dibuat seharuslah berdua, Peralihan kini sudah tertulis, Setiap suami isteri adalah hidup perkongsian dimana, Suami isteri saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tiada kata lain hanya keikhlasan serta kesabaran benteng yang akan melawan anasir luar yang sentiasa menyerang tanpa mengira waktu.

Dimana ada jalan disitu ada kemahuan. Disini kita berdiri, Disana kita terduduk. Waspadalah dalam merentasi kelompok- kelompak manusia yang belum kita tahu isi hatinya. Pepatah ini tidak sesuai lagi digunakan "rambut sama hitam hati lain-lain". Sekarang ini rambut sudah ada pelbagai warna. Hehehehe...

Mengapakah manusia terlalu mementingkan egonya? Kita harus ingat kerana egolah, Kita semua musnah. Kerana egolah manusia kucar-kacir. Kerana egolah manusia tidak sefahaman. Tepuk dada tanya selera...

HANYA SEBAGAI RENUNGAN...

14 February 2007

valentine's day


Masihkah sayang ingat pertemuan pertama kita dahulu yang penuh dengan dramatik? Pada masa itu, Tidak terlintas langsung dibenak Ku untuk bercinta dengan Mu, Kerana Aku pada masa itu sudah berpunya. Itu pun kerana tergesa-gesa atau dengan kata lain tengah frust. Aku ke sana hari itu adalalah mengikut teman-teman.


Dalam diam Aku cuba mengenali dirimu melalui teman-teman Mu. Rupanya Engakau masih lagi dalam igauan oleh kisah silam mu walau pun ia sudah berlalu, Namun ia begitu mendalam buat diriMu. Aku juga ada mendengar pelbagai cerita mengenai diriMu... Itu semua Aku ambil sebagai teladan. Sebgai teman ketika itu tiada salah sekiranya kita mengambil berat sesama insan...


Tapi kini sudah berubah. Dahulunya kita hanya teman biasa, Kini engkau adalah raja dihatiKu. 050505 adalah tarikh keramat dimana engkau melamar diri Ku. Pada waktu itu, Aku tidak pernah menyangka sama sekali. Aku hanya insan biasa yang hidup didalam kepopong sendiri. Lainlah dirimu yang gaya hidup yang sentiasa nampak kelihatan kemas dan bergaya tanpa mengira waktu. Kalau orang lihat macam enggang dengan pipit. Bila jalan bersama, Aku rasakan bagai bumi dan langit. Hehehe... Itu dulu... Kini...


Tanpa Mu Aku rasa kesunyian menyelimut malam sepi Ku. Tiada dapat Aku lafaz dengan kata-kata mahupun perbuatan. Sunyi tenggelam terlantar dalam telanjang.. Dipintu merindu hidup mati biar disisi.. Dimata Ku terlukis wajahmu yang tersenyum riang.. DihatiKu terpahat namaMu selalu.Kini fikiran menembusi alam maya untuk merencanakan kembali saat-saat manis yang kita lalui bersama. Jari-jemari Ku petah meniti dari satu adjab ke satu adjad untuk mencantum isi hati ku dalam rantaian kasih.


Sepanjang hubungan kita terjalin, Gurauan berkasih, Sendaloka dan marah-marah sayang sentiasa meniti dibibir kita berdua. Ader-ader sahaja kemusyikilan yang ada... Namun seandainya adapun... Sudah tentu tidak sampai lima minit, Kita pasti akan berbaik samula. Itulah kelebihan kita. Dan mungkin Disebabkan itu juga hubungan kita, Semakin hari semakin sayang. Mana ada dalam kehidupan ini semuanya manis. Asam garam kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan airmata. Tanpa keberanian hidup ini tidak akan bermakna.


Happy valentine's day...

11 February 2007

Kurengg... Sikit...


Sudah beberapa hari aku tidak update blog aku nih. Bukan apa aku terlalu penat sejak kebelakangan ini. Balik dari kerja sahaja aku sudah macam kepenatan sangat. Seolah-olah tiada bermaya kelesuan. Sebelum ini aku sibuk dengan wedding dinner. Semalam ada meeting bos nak buat rumah terbuka pula dekat rumahnya sempena Tahun Baru cina. Kami jugak lah nak kene buat persiapannya. Apapun keputusan muktamadnya hari isnin. Bulan April ni sibuk nak buat pamili day pulak dekat Langkawi. Hehehe... setiap bulan ader sahaja benda- benda baru yang akan direncanakan. Minggu depan banyak sangat majlis-majlis yang harus aku pergi. Antaranya Majlis perkahwinan member aku Ans, Rumah terbuka Tahun Baru Cina dirumah Bos aku dan banyak lagi da.. Hadiah untuk Ans aku belum beli lagik. Aku tak tahu benda apa yang harus aku beli???...