03 June 2005

Cebisan Rasa ...

Tiada mampu aku melawan takdir sekiranya apa yang berlaku keatas diriku adalah ujian dariNya. Pengalaman lalu tidak pernah aku ambil iktibar kerana selalu mengikut kata hati. Akhirnya aku yang merana semerananya. Aku tidak penah menyalahkan sesiapa dalam hal ini melainkan diriku sendiri. Aku berazam tidak akan mengulanginya lagi. Biarlah aku pergi dengan seribu kerinduan. Hanya keikhlasan dapat memberi aku kekuatan dalam meniti arus gelombang dalam seribu dugaan. Aku tidak mahu antara kita ada orang lain mahupun bebayangan semalam. Andai kata bayangan semalam lebih bermakna buat dirimu dan tidak akan lupa sampai bila-bila, tiada guna kita bersama kerana ia bisa menggangu perjalanan hidup kita. Usah engkau menipu diri sendiri dengan melafaz kata-kata sayang padaku. Dibibirmu aku namun dihatimu Dia. Percayalah!! biar apapun yang terjadi kelak, namun kita tetap kawan. Aku tidak sanggup mendengar saat-saat manis yang selalu engkau luahkan padaku ketika bersama dia. Aku tidak sekuat sepertimana aku sangkakan. Aku hormati memori anda berdua dengan mengundurkan diri bagi memberi laluan buat anda berdua. Kata orang kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Oleh itu aku rela mengundurkan diri ....
"ITULAH ANTARA BABAK-BABAK YANG MENARIK DALAM NOVEL YANG AKU BACA"

No comments: