01 April 2006

Mac Datang Lagi ...

Mac bertandang lagi.. Bait-bait sejarah nan lalu mengiringi perjalanan kehiupan Ku hari ini. Mac terkandung seribu satu hikayat dalam lakaran kehiupan KU. Masakan tidak tarikh-tarikh penting tercatit dalam bulan ini. PAHIT mengajar aku tentang realiti hari ini dan hari-hari mendatang.. MANIS memberi pengertian bahawa aku kini wujud dengan melepasi jangka masa tertentu dengan kebesaran yang maha Esa disamping orang-orang yang tersayang .
Hadirnya mac membuat aku terpaku seketika...
Mac yang penuh dengan pelbagai cerita yang tersendiri.
Penuh dengan gelak tawa dan deraian air mata. Senyuman dan tangisan adalah dua irama yang disatukan didalam sebuah kehidupan yang kudus.
Sesungguhnya hanya ketabahan dan keikhlasan hati dapat melunaskan segala-gala yang tersemat dihati.
Nescaya setiap gerak-geri, tingkah-laku dan senyum tangis merangkumi jiwa dan raga.. Aku pasrah dengan keadaan.
Kita harus berusaha dalam mencari kedamaian dalam mengejar erti kehidupan.

No comments: