02 June 2007

AKU TIDAK SEKUAT SEPERTIMANA AKU SANGKAKAN..

Sepurnama aku bagaikan lelayang yang kehilangan arah. Tiada Ku duga tiada Ku sangka impian hanya tinggal secebis memori yang terpahat dilubuk hati. Telah Aku jejalajahi lubuk hati yang bergelora bak stunami kasih yang tiada penghujungnya. Aku cuba menyelami diri agar tabah menghadapi dugaan. Aku tidak mahu terus hanyut tanpa dikawal. Aku harus bangun dalam menghadapi saat-saat getir ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Bingkas bangun melawan gelombang ombak yang tidak tahu siapa mangsanya. Aku seharusnya menerima keadaan ini dengan seadanya.

Tak mungkin aku berpaling pada keadaan. Hanya keadaan yang bisa merubah suasana.Sejenak bila aku dikejutkan.. Suasana pilu menyebelubungi kalbu. Mana biasa aku merubah keadaan. Dinginnya aku rasa tanpa malam yang bertamu.Tiada lagi kata-kata ungkapan bernafas cinta. Biar dicengkam sesejuk salju namun keheningannya hilang, Bila nafas tersekat. Awan kelabu menebarkan sayapnya. Pelangi petang mengiringi badai semalam. Hembusan sang bayu bagaikan hamparan selautan kasih.

Didalam sendu yang terpadu, Terlukis sebuah potret ilusi.Tiada warna, Tiada gambaran. Yang terlihat hanyalah titisan jernih yang membasahi kelopak mata. Dari kejauhan itu, Terungkai sebuah memori semalam. Masa berlalu begitu pantas.Aku akan hanyut, Tanpa keyakinan diri...

AKU TIDAK SEKUAT SEPERTIMANA AKU SANGKAKAN..

No comments: