28 May 2008

Biar Cinta Itu Datang Dengan Sendirinya


Semakin hari semakin sibuk pulak aku dekat tempat keje. Dari hari ke sehari banyak pulak report yang hendak dibuat. Kekadang tension juga dibuatnya. Tapi apakan daya, Sudah dinamakan kerja so mahu tak mahu kene buat juga. Sudah tanggungjawab katakan. Sehari dua ini, Member-member aku perli aku la pulak. Adakah patut Supervisor aku diaorang kata Assistant aku ekss. Kalau terdengar dekat dia apa macam beb! Ini terjadi apabila orang berbertanya sesuatu dekat dia, Dia suruh rujuk dekat aku la pulak. Itulah al-kisahnya..

Time break tadi Supervisor call. Dia suruh aku pergi dekat kedai makan tempat selalu aku lepak. Aku malas pulak nak kuar tengah hari. Cuaca yang terlalu panas. Oleh sebab dia mendesak, Mahu tak mahu aku pun keluar juga. Rupa-rupanya ader udang disebalik mee. Bila aku sampai aku melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu selera. Dua orang sememangnya aku kenai iaitu Supervisor aku bersama wifenya. Dua orang lagi aku tidak penah bertemu sebelum ini, walaupun didalam mimpi. Hehehehe..

Rupa-rupanya salah seorang hendak diperkenalkan kepada aku. Aku amat menghargainya. Tapi kata orang, Tidak aku minta jadi begini. Ajal pertemuan hanya ketentuanNya. Bila aku melihatnya buat pertama kalinya, Aku dapat rasakan jurang terlalu jauh buat kami berdua. Orangnya memanglah terlalu cantik; Takkanlah orang secantik itu akan memilih diriku yang hanya bekerja kilang yang tiada akan menjamin masa depan. Itulah hakikat yang aku harus terima. Jangan sudah terantuk baru hendak menyesal.

Masa berborak baru aku dapat tahu sebenarnya gadis itu berasal dari Pahang. Dia hanya buat praktikal dekat sini. Ramah juga gadis ini hati kecil aku berkata. Kami pun berborak sambil dibantu oleh Wife Supervisor aku yang banyak membuka cerita. Dari bab ais kacang sampailah ke bab sawah padi. Gadis itu teringgin hendak pegang pokok padi. Kelakarkan.. Hehehehe..

oklah sampai disini dahulu.. jumpa lagiii..

No comments: