27 October 2007

Selamat hari raya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sudah sebulan kita berpuasa di bulan ramadan. Kini Saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia dengan ketibaan bulan Syawal. Syawal disambut meriah oleh semua umat islam di seluruh dunia tidak terkecuali oleh kita semua rakyat malaysia. Tapi Di Malaysia Syawal disambut dengan unik sekali dimana kita semua pelbagai kaum atau bangsa dimalaysia merayakan bersama-sama. Itulah keunikan Malaysia dimata dunia
Tradisi kunjung-mengunjung dari dahulu hingga kini masih wujud. Ini membuatkan kita semua hidup dalam keadaan yang aman damai. Masing-masing saling menghormati antara satu sama lain. Kita semua seharus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan melihat pada diri kita sahaja tetapi harus memikir secara menyeluruh. Jika kita rasa kita kekurangan, Mesti ingat orang lain lebih kurang bernasib baik dari kita. Itu Seharusnya menjadi pedoman buat kita sebagai renungan bersama didalam menjalani kehidupan kita.
Kata orang, Disaat kita bergembira, Jangan la pulak kita membazir. Buat perancangan sebelum membuat keputusan..
Aik melalut lah pulak aku ni. Ermm... Raya tahun ini merupakan Raya paling seronok sekali. Aku sememang berasa puas sekali walaupun penat. Masakan aku tak penat sehari sebelum raya aku masih lagik kerja. So persiapan yang dibuat adalah di saat-saat akhir sebelun menjelang hari Raya. Ermmm.. Banyak jugak keperluan dibeli disaat-saat akhir. Aku cuma beli keperluan yang asas sahaja.

No comments: