27 October 2007

Mencari jodoh untuk aku..

Ermmm.. Aku tergelak sendiri. Aku tetiba dikejutkan dengan soklan yang amat menggelikan aku. Aku sendiri tidak percaya dengan dengan soklan yer yang sebegitu rupa. Bila aku teringat balik kata-kata dia pagik tadik memang aku ketawa sendirian.
Aku baru saja masuk opis. Tetiba Bos aku minta gambar aku. Aku terkejut biawak dibuatnya. Dia kata wife dia minta gambar aku. Hehehehehe.. Aku ketawa berdekah-dekah. Aku berasa hairan jugak. Tahu tak gambar itu hendak dibuat apa? Ermmm.. Rupanya wife bos aku nak tolong cari jodoh untuk aku. Aku ketawa lagik.. Memang lucu sangat bila dipikirkan semula.
Aku sendiri keliru dibuatnya. Sama ada bos aku atau wife yer yang memulakan topik ini. Macam mana eksss. Siapa nak tolong jawab ni? Aku pun sememangnya rasa malulah pulak kalau diketahui oleh teman-teman atau orang lain. Aku biasa jumpa dengan wife Bos aku masa raya tempoh hari. Mereka datang anak beranak pada hari raya pertama hari itu. Memang aku tidak nafikan wife Bos aku sememangnya seorang yang peramah.
Sememangnya aku dengan Bos memang rapat. Sekali- sekala dia ader juga ceta masalahnya
dekat aku just, kata orang untuk bertukar pendapat mahupun menghilangkan tekanan. Apapun aku ucapkan terima kasih bebanyak kerana menganbil berat keatas diri aku. Kata orang kalau ada jodoh takkan kemana. Gunung dikejarkan takkan lari. Yang penting Jika dah sampai seru dan jodoh sudah didepan mata, Maka Kahwin lah jugak aku nanti. Perancangan sudah ada. Cuma menanti hari yang bahagia itu sahaja. Doakanlah agar jodoh aku sampai jugak, Pada hari itu, Aku adalah orang yang paling bahagia didunia ini. Hehehehe..
Bila dipikirkan balik, Sudah pastinya Hujung tahun hadapan menjadi saksi pilihan hati aku untuk melansungkan perkahwinan. Atau selewat-lewatnya awal tahun 2009. Ini matlamat aku pada masa-masa hadapan. Sebagai manusia, Kita hanya merancang tapi tuhan yang menetukan segalanya. Semuanya sudah tertulis didalam kamus hidup aku. Aku hanya boleh merencanakan.
Warna tema yang aku pilih untuk hari bersejarah untuk aku dan juga bakal isteri kesayangan aku nanti ialah warna hijau ataupun warna oren. Ermm.. macam warna Ziana Zain sahaja. Maybe... Kuang... Kuang... Kuang... Bagi aku Warna ini menpunyai sentimentalnya yang tersendiri. Warna yang terang tapi lembut jika ia diterjemahan kedalam alam rumahtanngga.

No comments: