24 February 2008

HARI PENAMAAN CALON..

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di pusat penamaan calon di Dewan Milenium di sini pada pukul 9.10 pagi diiringi oleh penyokong Barisan Nasional.

Mengiring beliau ialah isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kedua-duanya berpakaian biru sedondon.

Mereka mula berarak dari rumah Perdana Menteri di sini pada pukul 8.30 pagi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas akan ditentang calon Pas, Subri Md. Arshad pada pilihan raya umum kali ini. Pengumuman mengenai pertembungan satu lawan satu antara Perdana Menteri dengan penceramah bebas yang pernah kalah di kerusi DUN Penaga pada pilihan raya umum lepas dibuat oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pukul 12 tengah.

Adun Bertam kali ini diwakili oleh muka baru iaitu Ketua UMNO Bahagian, Zabariah Abdul Wahab yang menggantikan Datuk Hilmi Abdul Rashid yang telah digugurkan. Ketua wanita UMNO ini bakal berdepan dengan calon wanita Parti Keadilan Rakyat..


Pihak media tempatan dan luar negara sibuk membuat liputan yang terbaik untuk siaran mahupun suratkhabar masing-masing. Di Perkarangan Dewan Melenium Kepala batas.


Walaupun panas namun para penyokong BN tetap setia sehingga semuanya berjalan lancar.
Semua pergerakkan parti hadir antaranya, Pergerakkan Pemuda, Pergerakkan wanita, Pergerakkan Putera dan Pergerakkan Puteri UMNO. Tidak ketinggalan juga MIC, MCA dan Gerakkan.
Semua berganding bahu untuk memastikan BN menang disetiap kawasan yang bertanding agar BN dapat memerintah negara supaya dapat meneruskan Pengbanggunan yang belum selesai.
Penyokong BN menunjukkan sokongan yang padu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi serta calon-calon yang bertanding dibawah Parlimen Kepala Batas, iaitu Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim, Adun Bertam Zabariah Abdul Wahad dan Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin semasa Penamaan calon Di Dewan Melenium hari ini.
Antara ribuan yang hadir di Hari Penamaan calon bagi Parlimen Kepala Batas.
Inilah kali pertama Aku menghadiri Hari Penamaan calon Bagi Pilihanraya. Dengan ini aku dapat serba sedikit pengalaman baru yang tak penah aku alaminya selama ini. Pengalaman yang begitu unik serta aku dapat memahami proses demokrasi pilihanraya dinegara kita
Pergerakkan Puteri UMNO bersiap sedia dalam menghadapi Kempen Pilihanraya yang akan bermula hari ini sehinggalah 8 Mac ini. Semua
Para penyokong BN sedang menuju Ke Dewan Melenium yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Rumah Sejarah. Semua parti Kompenen BN Berkumpul disini.









Makan tengahari, Kami dihidangkan dengan nasi tomato di Perkarangan Wisma UMNO Kepala Batas yang hanya 500 meter dari Dewan Melenium Kepala Batas.

No comments: