23 February 2008

Kemaafan Yang Terindah..

Disini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan. Tidak aku pinta apa yang telah berlaku diantara kita. Jangan ada benci diantara kita. Biarlah kita terus berkawan, walaupun ia tidak sama dengan waktu dahulu. Bumi mana yang tiada ditimpa hujan, Lautan mana yang tidak dilanda taufan.

Tiada kata-kata yang dapat aku ungkapkan. Biarpun tajam tohmahan yang engkau lontarkan terhadap aku, namun aku telan walaupun hakikatnya ia terlalu pahit. Aku tidak akan bersuara. Apapun jua hukuman yang telah engkau berikan selama ini aku terima dengan hati terbuka. Aku hanya insan biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Aku tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak melainkan diri aku sendiri. Aku tahu aku bukanlah yang tebaik diantara mereka yang pernah bersama dengan awak dahulu.. Terkenangkan cinta silam yang kita bina dari dua jiwa suci..

Mengapa kini aku rasa sesuatu kehilangan. Sesungguhnya hanya engkau yang mengerti. Kini aku hanya dapat melihat perkembangan engkau dari jauh sahaja seperti mana yang engkau mahukan. Percayalah! sesiapapun pilihan engakau kelak janganlah lupakan aku disini. Aku hanya dapat mendoakan kebahgiaan dari jauh sejauhnya.

Akhir kata senyum-senyumlah selalu..

No comments: