
Masih segar didalam ingatan waktu pertama kali kita bertemu. 1 Mei 2005 engkau baru tiba dari Jb. Caltex Seberang jaya menjadi saksi, Dimana kita semua berjanji berjumpa dekat situ. Aku tidak penah menyangka sama sekali, hubungan kita akan berlarutan begitu jauh sekali. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana masing-masing belum mengenali hati budi serta sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Dari perkenalan pertama itu, Aku hanya memerhati dirimu dari jauh. Jauh sekali hendak mendekati dirimu. Kita bagaikan bumi dengan langit. Jurang perbezaan yang amat luas itu, Seharusnya aku, Aku lebih suka memendam dari berkhayal mencapai bintang dilangit ditambah pulak aku ada komitmen lain. Tanpa disedari aku menyimpan perasaan. Semua ini, Aku simpan dengan rapi agar tidak dihidu oleh member-member yang lain termasuk dirimu.
Sehinggalah Pulau Jerejak Menjadi saksi perkenalan kita menjadi intim. Disaat itu, Barulah aku tahu selama ini aku tidak bertepuk sebelah. 1 Mei 2005 secara rasminya aku menjadi milikmu, dan dirimu menjadi milik ku. Perkenalan kita menjadi semakin intim. Kita bagaikan belangkas selepas peristiwa itu. Kemana-mana sahaja kita pergi, pastinya berdua. Jika salah sorang tidak ada, Semestinya menjadi janggal bagi yang mengenali kami berdua. Orang pasti akan bertanya jika salah sorang dari kami tiada. Itulah kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai sekarang.
Tipulah kalau aku kata disaat dan dikala ini, aku tidak rasa kesunyian dan kesepian. Dua tahun kami bersama-sama dalam mengharungi suka duka dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba.
Sampai disini dulu...
No comments:
Post a Comment