04 March 2007

Igauan...

Aku tidak tahu... Aku tidak mengerti... Mengapa aku dilayan sebegini rupa... Apa salah aku... Apa telah aku buat... Membuatkan aku menjadi tanda tanya... Aku telah sedaya upaya... Tiada jawapan yang diberi... Hanya membisu seribu bahasa... Aku terus diherdik bila tersalah langkah... Aku Di elak bila cuba bersemuka... Aku disanggah bila tersalah cakap... Aku umpama lilin yang sedang membakar diri aku sendiri...

Tiada lagi kata-kata indah yang terucap... Tiada lagi belaian kasih sayang yang didakap... Tiada lagi senyum tawa yang berpanjangan... Aku hanya melihat kedukaan yang terpancar diwajah... Seolah -olah cuba mengaburi mata ini... Aku tahu itu semua... Aku hanya mampu berdiam diri... Tiada mahu berpanjangan... Biarlah ia menjadi rahsia hati aku... Aku tidak mahu banyak bertanya... Kelak aku juga yang akan disalahkan... Kata pepatah... Tak cakap pun salah cakap lagilah salah...

Hari-hari yang dilalui penuh dengan tanda tanya... Mengapa kemarahan disandarkan dibahu aku sahaja... Dalam hal ini aku tidak penah menyalahkan sesiapa... Malah aku menyalahkan diri aku sendiri... Kerana aku tidak penah memberi ketenangan pada orang disekeliling aku... Aku membuatkan mereka tertekan... Aku membuatkan mereka merana... Aku membuatkan mereka membenci aku... Aku juga membuatkan mereka Marah pada aku...

Sudah sekian lama aku cuba mengenali diri aku... Namun aku tidak penah temui jawapan... Yang aku dapat hanya satu... Apa yang aku buat tidak boleh diterima oleh orang lain... Sedaya upaya aku menyusuri liku-liku kehidupan... Tampak pelbagai cabaran dihadapan... Aku tempuhinya dengan sorang diri... Tanpa bantuan sesiapa... Aku penah meminta... Tapi aku diperleceh sebegini rupa... Jadi aku bertekad tidak akan meminta pertolongan sesiapa lagi... Biarlah aku harunginya dengan hati yang terluka...

Dimana cahaya yang tersembunyi... Aku mahu menyinari hidup aku yang kegelapan... Aku ingin miliki cahaya itu... Walaupun ia tampak samar-samar... Tapi aku yakin aku akan miliki cahaya itu suatu hari nanti... Tiada kata-kata dapat aku ungkap... Tiada rasa dapat aku luahkan... NESCAYA AKU PERCAYA AKAN AKU CAPAI BINTANG DILANGIT KELAK...

No comments: