27 March 2007

Erti Kehidupan...

Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu dengan mudah. Melainkan dengan usaha kita sendiri. Usah keliru dengan godaan serta cabaran yang semestinya mahu kita menyerah kalah. Tanpa kesabaran dan ketabahan pasti kita tersungkur ke bumi. Jangan bandingkan ukuran di badan orang lain. Ukurlah badan sendiri. Itu lebih bermakna serta memberi kepuasan pada diri sendiri. Demi masa kita dalam kerugian. Demi cita-cita kita harus mengejar. Demi kehendak kita harus berusaha. Demi cinta kita hanyut.
Dalam tempoh dua dekad ini, Aku banyak mempelajari sesuatu yang baru dalam sebuah erti kehidupan. Kehidupan yang banyak menyuntik asam garam dalam kehidupan kita seharian. Harus di ingat masa yang sudah berlalu tidak akan berpatah balik lagi. Melainkan kita semestinya merencanakan dengan bijak dalam mengharunginya pada masa akan datang. Setiap hari kita pasti akan diungkapkan dengan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita seharian. Cuma kita harus bezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik.
Kini aku pelajari sesuatu yang baru. Aku tersentap dari lamunan semalam. Aku terpikir dimana kasih sayang yang sebenar?. Dimana sebuah pengorbanan?. Semasa aku sakit tempoh hari, Aku cuba menggungkai sebuah erti Perkongsian hidup. Empat hari aku memerlukan teman yang benar-benar dapat merasakan apa yang aku rasakan. Kata orang gembira , sakit, susah, senang biarlah tanggung bersama. Sedangkan orang lain bertanya khabar serta memberi kata semangat. Terubat juga juga kesakitan yang dialami. Aku juga terharu dengan pengorbanan emak. Masa aku sakit, Dialah yang banyak membantu aku. Menjaga aku. Membelai aku. sehingga pada satu masa aku tersentuh dengan pengorbanannya.
Aku ingat lagi satu malam. Aku tidak dapat tido dengan lena. Kepala aku sakit sangat. emak aku sanggup hendak teman aku tido diruang tamu. Tapi aku menolak dengan baik.Aku cuma nak rehatkan badan sahaja sambil menonton tv. Nanti bila mata mengantuk aku akan masuk tido. Pada masa itu hati aku tersentuh sangat. Tanpa aku sedari air mata berlinangan membasahi pipi. Aku tengok emak tertido disisi aku. Dalam masa aku sakit emak jugaklah yang menjaga aku. Aku kabur dalam terang.
Aku tidak mengerti..
Aku tidak akan bersuara..
Aku hanya mampu berdoa..
Aku hanya insan yang lemah..

No comments: