23 March 2007

Keliru..


Mengapa aku berasa terasing sekali hari ini. Seolah-olah aku keseorangan. Mencari sesuatu yang tidak pasti. Entah mengapa aku terlontar di lautan sepi. Hanyut tanpa haluan sebenar. Semakin aku mencari jalan pulang, semakin aku hanyut dibuai perasaan sendiri. Apa yang aku dapat lakukan hanya mencari jalan yang lurus. Jalan yang membawa aku kebahgiaan. Aku akui, Aku gagal dalam pelayaran hidup aku. Apa yang aku racang kini semakin meruncing. Aku Tiada dapat berkata apa-apa melainkan hanya berserah. Aku hampa dengan apa yang berlaku. Aku kesal dengan apa yang terjadi. Aku hanya mampu untuk memulihkan keadaan namun aku tidak ada hak untuk bersuara. Di manakah letaknya kasih sayang?

Perjalanan hidup semakin jauh. Apa yang aku ada sekarang aku harus pertahankan. Biarlah aku menjadi seorang pencinta yang kesepian. Merayu-rayu tidak sama sekali. Biarlah aku menerangi kehidupan orang lain. Aku mengaku kalah. Aku tidak dapat menjalankan tugas aku dengan sebaik mungkin. Biarlah aku mengaku kelemahan dan kesilapan aku sendiri daripada aku bersikap talam dua muka. Aku tidak mahu ego akan menghayutkan diri aku sendiri. Last sekali aku yang menyesal kelak. Aku hargai apa yang ada di depan mata.

Aku insan yang lemah. Hanya mampu berserah. Aku tidak sekuat sepertimana yang aku sangkakan. Tapi aku cekal dalam menempuh dugaan ini. Kalau tidak sudah lama aku tersungkur dalam kehidupan ini.

No comments: