04 February 2007

Gotong Royong Membuat Bubur Asyura

Aku sedang mengacau bubur asyura. Sudah menjadi kemestian, Setiap tahun kami kami jiran tetangga bergotong royong membuat bubur asyura. Hari ini tiga kuali besar dinaikkan serentak untuk diagihkan kepada peduduk kampung bila masak nanti...
Beberapa jiran tetangga sibuk mengacau bubur asyura. Kalau tidak kacau nanti hangit pulak. Rutin ini silih berganti orang sehingga bubur asyura masak. So kita tidak terasa penat sangat untuk mengacau bubur asyura.
Bubur didalam kuali semakin pekat. Hanya beberapa minit lagik bubur sudah boleh diangkat. ermmm... nampak macam sedap ajer??? Nak rasa mai la sini?...
Nd dari tadi asyik tengok ajer. Dia tak kacau lagik. Oppp! sorry, Dia sakit kaki sebab bisul. Jadi dia dari tadi hanya melihat saja orang lain kacau. Penat juga kalau kita yang tak biasa buat kerje-kerja macam ini. Namun seronok bila ramai orang berkumpul dan secara tidak langsung kita semua dapat mengeratkan silarratulrahim.
Sambil menunggu bubur masak, Diorang lepak sambil berbual. Biasalah bila berjumpa ader-ader saja yang dibualkan. Hari lain masing-masing sibuk dengan kerja. Bila bertemu bermulah sesuatu cerita yang menarik!!..
Beberapa orang sibuk mengacau bubur kerana beberapa saat saja bubur sudah boleh diangkat.
Nd dan Faizal asyik berbual saja dari tadi, Sehinggakan ada orang mengambil gambar mereka pun tiada mereka sedari. Mungkin terlalu kenyang selepas makan nasi tadi??

Kenapa semua macam kepenatan sahaja. Semuanya nampak semacam ajer?


Masing-masing sibuk membuat kerja...

No comments: