14 February 2007

valentine's day


Masihkah sayang ingat pertemuan pertama kita dahulu yang penuh dengan dramatik? Pada masa itu, Tidak terlintas langsung dibenak Ku untuk bercinta dengan Mu, Kerana Aku pada masa itu sudah berpunya. Itu pun kerana tergesa-gesa atau dengan kata lain tengah frust. Aku ke sana hari itu adalalah mengikut teman-teman.


Dalam diam Aku cuba mengenali dirimu melalui teman-teman Mu. Rupanya Engakau masih lagi dalam igauan oleh kisah silam mu walau pun ia sudah berlalu, Namun ia begitu mendalam buat diriMu. Aku juga ada mendengar pelbagai cerita mengenai diriMu... Itu semua Aku ambil sebagai teladan. Sebgai teman ketika itu tiada salah sekiranya kita mengambil berat sesama insan...


Tapi kini sudah berubah. Dahulunya kita hanya teman biasa, Kini engkau adalah raja dihatiKu. 050505 adalah tarikh keramat dimana engkau melamar diri Ku. Pada waktu itu, Aku tidak pernah menyangka sama sekali. Aku hanya insan biasa yang hidup didalam kepopong sendiri. Lainlah dirimu yang gaya hidup yang sentiasa nampak kelihatan kemas dan bergaya tanpa mengira waktu. Kalau orang lihat macam enggang dengan pipit. Bila jalan bersama, Aku rasakan bagai bumi dan langit. Hehehe... Itu dulu... Kini...


Tanpa Mu Aku rasa kesunyian menyelimut malam sepi Ku. Tiada dapat Aku lafaz dengan kata-kata mahupun perbuatan. Sunyi tenggelam terlantar dalam telanjang.. Dipintu merindu hidup mati biar disisi.. Dimata Ku terlukis wajahmu yang tersenyum riang.. DihatiKu terpahat namaMu selalu.Kini fikiran menembusi alam maya untuk merencanakan kembali saat-saat manis yang kita lalui bersama. Jari-jemari Ku petah meniti dari satu adjab ke satu adjad untuk mencantum isi hati ku dalam rantaian kasih.


Sepanjang hubungan kita terjalin, Gurauan berkasih, Sendaloka dan marah-marah sayang sentiasa meniti dibibir kita berdua. Ader-ader sahaja kemusyikilan yang ada... Namun seandainya adapun... Sudah tentu tidak sampai lima minit, Kita pasti akan berbaik samula. Itulah kelebihan kita. Dan mungkin Disebabkan itu juga hubungan kita, Semakin hari semakin sayang. Mana ada dalam kehidupan ini semuanya manis. Asam garam kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan airmata. Tanpa keberanian hidup ini tidak akan bermakna.


Happy valentine's day...

No comments: