03 February 2007

Sekitar Wedding Dinner

Baru selesai makan nasi kandaq. Jadi aku lentok semacam jer kerana terlalu kekenyangan. Biasalah aku ni macam ular sawa. Lepas makan pasti akan baring... Nasib baik dekat luar, kalau tidak pasti terlena .
Sudah dekat satu jam, namun rambut aku belum lagi siap. Dah bermacam cara aku cuba, namun tidak menjadi jugak. Hehehe.. Baju belum lagi pakai. Sebentar lagi aku harus turun kebawah untuk melihat keadaan dewan sudah sempurna atau tidak.
Biasalah... Kalau melawa jika tidak berposing depan kemera pasti tidak sah. Menjadi mangsa pastinya Si Nd. Juru kemera peribadi aku. jangan mare.... Nd.

Tengah bz niii... Dari tadi Diana asyik call jer? Suruh call orang tu, orang ini sebab dia tiada kredit. So akulah jadi mangsanya. Masa berlalu dengan pantas sedangkan Ajk lain belum datang lagi. Semua benda-benda yang hendak digunakan tiada pada kami. yang pasti tadi aku berendam dalam bathtub. Seronok beb...
Masih lagi sempat pose atas katil sebelum turun ke dewan. Sebenarnya aku mengantuk tapi apakan daya dekat bawah banyak kerja yang harus aku buat sebelum tetamu yang lain akan datang. Bila saiful call terus ajer aku turun dengan Nd.
Meja inilah akan aku duduk masa hendak makan nanti. No 34. Macam mana ok tak? Sebentar nanti meja-meja ini akan dipenuhi dengan tetamu-tetamu jemputan yang akan mengambil tempat duduk masing-masing.

Masih sempat lagi bergambar semasa melihat persekitaran dewan sebelum semua tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing masing.


Bersama saiful bergambar di lobi hotel. Sesekali apa salahnya jika bergambar bersama peminat. Ada peminat ker aku nih.. Perasan... muka tak tahu malu. jangan mare.. yer saiful aku lawak jer!!!
Mamat ini bernama Nd. Aku jumpa masa hendak pergi makan tadi. So aku ajaklah dia join sekali. Betui tak Nd. So ada juga teman untuk aku makan dan berbual. Tidaklah aku terasa bosan dan malu...
Ketawa dibuatnya aku bila melihat pelbagai telatah yang dapat aku saksikan dari sini. Bermacam- macam fesyen yang digayakan oleh para jemputan umpama berjalan di red carpet.
Aku bersama Amir dan Kak Norma bergambar kenangan. Kami duduk semeja.
BERGAMBAR BERSAMA KAK ZIE SEBELUM BALIK

BARU SAMPAI RUMAH... JADI MODEL SEKEJAP...

No comments: