08 February 2007

Happy Birthday Emak


Aku baru balik dari hospital Sungai petani. Anak saudara aku masuk hospital. Hari ini aku balik kerja awai sikit sebab aku keje halfday hari ini. Sebab minggu ini aku balik pukul 5pm. Takut tak sempat. Hospital tutup pukul 7.30pm. Hari ini Semua ahli keluarga aku pergi hospital. Abang aku yang duduk di Bagan Dalam nak join sekali manakala Kakak aku dari Alor Setar akan menunggu kami dekat hospital. Tadi Kakak aku tepon dari hospital yang anaknya belum sedar lagik selepas pembedahan semalam. Esok birtday mak aku. Aku rancang nak bawa dia pergi makan dekat luar. Nampak gayanya aku terpaksa ubah plan lain, Sebab esok adik aku tak boleh balik awal kerana hari ini kami semua sudah balik awal so susah kalau esok nak dapat perlepasan balik awal dari tempat kerja. Mahu tak mahu aku mengambil keputusan balik dari hospital kami akan meraikan birthday mak dekat mana-mana restoran. Kami memilih Restoran Seafood SeriBertam Meraikan Birthday Emak aku bersama adik aku dan Nd. Walaupun Simple namun Aku berharap emak aku happy. Happy Birthday mak!

No comments: