18 February 2007

Selamat Pengantin Baru

Hari ini member baik aku Ans melangsungkan perkahwinannya. Selamat Pengantin Baru Ans serta suami. Semoga bahtera yang dibina ini akan membawa meraka kekal bahgia sehingga ke anak cucu. Tiada jalan yang mudah dalam menjalani kehidupan berdua seandainya tanpa disulami kesabaran.

Percayalah, Asam garam alam rumahtangga sememangnya kita harus menjaga hati semua pihak tertakluk bukan pada diri kita sahaja. Setiap keputusan yang akan dibuat seharuslah berdua, Peralihan kini sudah tertulis, Setiap suami isteri adalah hidup perkongsian dimana, Suami isteri saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tiada kata lain hanya keikhlasan serta kesabaran benteng yang akan melawan anasir luar yang sentiasa menyerang tanpa mengira waktu.

Dimana ada jalan disitu ada kemahuan. Disini kita berdiri, Disana kita terduduk. Waspadalah dalam merentasi kelompok- kelompak manusia yang belum kita tahu isi hatinya. Pepatah ini tidak sesuai lagi digunakan "rambut sama hitam hati lain-lain". Sekarang ini rambut sudah ada pelbagai warna. Hehehehe...

Mengapakah manusia terlalu mementingkan egonya? Kita harus ingat kerana egolah, Kita semua musnah. Kerana egolah manusia kucar-kacir. Kerana egolah manusia tidak sefahaman. Tepuk dada tanya selera...

HANYA SEBAGAI RENUNGAN...

No comments: