01 January 2007

Fasa Baru


HARI ini bermula satu lagi fasa iaitu kehidupan baru pada tahun 2007. Semalam genap 365 hari kita menjalani kehidupan pada tahun 2006 dan meninggalkannya bersama satu memori.

Seperti lazimnya menjelang tahun baru, setiap individu akan menanam azam mengatur perancangan hidup masing-masing. Nescaya perjalanan harus dikemudikan dengan terancang agar tercapai oleh akal mu. Kita harus sedar, putaran masa sekarang bergerak dengan terlalu pantas tanpa ragu-ragu meninggalkan sesiapa yang ketinggalan dibelakang.

Bangunlah dari tido jika mimpi itu membuatkan kita lalai dan terlupa bahawa ia akan melalaikan kita. Tiada kejayaan yang datang bergolek atau datang melayang jika kita hanya berangan seperti Mat Jenin. Hanya omongan kosong. Namun kita jangan lupa, apa yang Mat Jenin impi adalah misinya tetapi dia harus berusaha dalam merealisasikan impian itu. Satu contoh yang harus kita ingat, tanpa usaha kita tidak akan berjaya.

Tiada rasa tanpa sentuhan. Tiada manis tanpa madu. Tiada kata tanpa bicara. Semuanya adalah sebahagian daripada diri kita. Tanpa itu semua kita pasti tidak akan mengecapi apa erti sebuah kehidupan yang kudus. Biar pun kita dimamah usia namun penghidupan tetap tidak berubah. Kita sendiri yang harus menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Dari kacamata yang melihat tidak ubah seperti menonton opera diatas sebuah pentas. Setiap pergerakkan membawa maksud yang tersendiri. Gerak tari melambangkan tingkah laku. Alunan muzik mengambarkan keperibadian. Alunan muzik dan gerak tari tidak dapat dipisahkan. Jika tidak pincanglah ia..

Renung-renunglah...
Fikir-fikirlah..
Sama-samalah kita hayati.
Selamat Tahun Baru 2007






No comments: