01 January 2007

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007 ...



Assalamualaikum semua..

Tahun baru kembali lagi.. Tahun lalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Pahit maung, susah-senang, suka-duka, tawa-tangis adalah sebahagian dalam kamus kehidupan ku.. Itu semua tunggak aku berdiri pada hari ini. Tanpa itu semua mungkin aku tidak sematang hari ini. Walaupun adakalanya aku tetap tidak berubah. Aku bukan insan yang sempurna yang dapat memenuhi keperluan kehendak. Aku akur dengan takdir malah aku bersyukur kerna memberi aku sinar cahya yang dapat menerangi kehidupan ku pada hari ini bersama orang yang tersayang. Sayang! percayalah aku amat menyayangi dirimu melebihi diri ku sendiri. Terima Kasih sayang kerana masih lagi bersama ku dikala kesusahan serta kedukaan mahupun dikala aku memerlukan dirimu kau tetap setia menemani diriku walaupun engkau sendiri dalam kepenatan dalam melayani pelbagai karenah ku. Kau penyabar dalam pelbagai aspek. Itu membuatkan hati ku terpaut pada mu sejak itu hingga saat ini. Satu Januari genap dua tahun kita saling mengenali antara satu sama lain dan setahun lapan bulan kita bersama dalam mengharungi pelbagai onak dan duri dalam pengkongsian hidup. Betapa kuatnya gelombang yang melanda tapi kita dapat menangkisnya dengan keutuhan kasih sayang kita bina bersama. Lagu ini aku tujukan buat mu yang tersayang..

No comments: