07 January 2007

Renungan Seorang Lelaki


Suasana sekeliling tidak terlalu sibuk dan juga tidak terlalu sunyi. Line clear, kata orang. Dan Roy berasa cukup selesa untuk bersantai menghilangkan penat bekerja. Sudah lebih sepuluh minit dia lepak disitu. Fikirannya semakin tenang. Kerisauan yang menyerang kian menghilang. Jadi, dia terus lepak di situ. Mengelamun yang mulus-mulus sambil tersenyum.
Tanpa diduga Roy, seseorang datang mendekatinya. walaupun sejak mula duduk tadi dia perasan orang itu berlegar-legar dekat denganya seolah-olah ada plan. Namun, dia tidak menduga akan dihampiri pula. Roy cuba buat-buat tidak tahu. Lagipun, dia yakin tiada orang yang mahu berbual dengannya. Dia juga tidak mahu orang mengganggunya.
"Mmm... bang. Jam pukul berapa?" Roy terkejut daripada lamunannya. Betullah orang ini nak kacau aku. Roy berkata dalam hati. Bagaimanapun, dia lebih terkejut dan hairan apabila terpandang jam di tangan lelaki itu. Ada jam nak tanya aku lagi? Roy mula meluat. Dia cuba' control mancho' dan tersenyum. Cuba berlagak seperti tiada apa-apa. Kemudian menjeling jam di tangannya. "11.15" Roy menjawab sambil cuba tersenyum. Sendiri ada jam mahu tanya lagi? mengada-gada! Gatal! Bisik hatinya. Lelaki itu tersenyum. Dia masih berlegar-legar berhampiran.Roy kelihatan rimas. "Mmm, seorang saja, bang?" Roy menoleh ke kiri ke kanan. Dia berasa marah, tetapi juga berasa tidak wajar meluahkannya. Dia cuba cover line dengan membuat kelakar begitu. Lelaki itu tersenyum lagi.


"Ya."


"Tunggu seseorang?"


"Tak tunggu sesiapa."

"Mmm, baguslah. Boleh kita berbual-bual lagi." Lelaki itu memakai kemeja-T dan seluar jean ketat. Nampak bonjalan di celah kangkangnya. Roy mengeluh. Memang dia tidak senang dengan keadaan itu, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada arah tujuan lain. Tambahan pula, dia belum benar-benar tenang lagi. Mahu tidak mahu ,duduk di situ terus. Tidak mengapalah. Mungkin lelaki ini boring tidak berteman lalu cuba mengajak aku berbual. Mungkin dia orang baik-baik. Tidak mengapalah aku berbual-bual dengannya sekejap. Mana tahu, mungkin dapat idea atau ilham baru. Roy memujuk hati.


Dia masih duduk, sedangkan lelaki itu berdiri dengannya. Nampak berminat sangat denga Roy. Bagaimana pun....



Bersambung Man!!!!

No comments: