24 January 2007

Penat Tapi Teruja

Semalam sunguh penat... Terkejar sana terkejar sini.. Sudahlah dekat tempat keje banyak masalah berlaku... Hari-hari ada saja barang yang urgent... Paham-paham ajerlah kalau buat kerja tergesa-gesa... Supervisor pulak tak reti-reti nak cover dia punya anak buah... Bila terkena tekanan sikit mulalah dia buat hal... Semalam dia tidak datang kerja... So rasa aman sekali aku and the gang dapat rasakan... Sebab tiada rasa tekanan... Tapi masalah lain pulak yang timbul... Ada sorang rakan aku buat silap... Proses exposed terbalik iaitu sebanyak 39 penel... Proses ini seperti tangkap gambar... So apa lagi Bos sangat berang sekali... 39 panel berharga lebih kurang RM3980... Tapi yang membuat aku sakit hati ialah tukar jadual hendak ke Penang... Sehari sebelum ke Penang mereka kata nak bertolak dari tempat kerja pukul 6 petang... Tapi pada hari yang dijanjikan mereka hendak bertolak setengah jam lebih awal... Itu menbuatkan aku sakit hati sangat... Mana aku tidak sakit hati... Baju sudah aku gosok siap tergantung dialmari... Aku ingat hendak balik mandi dulu... Sebab itu aku tidak bawa baju... Last minute tukar planning pulak... Sudahlah hari itu aku pakai comot sekali... Pada saat-saat akhir... Aku hanya pakai sandel dan baju t-shirt yang dibeli oleh ND... Terima kasih ND kerana telah menyelamatkan keadaan... Kalau tidak ada ND aku tidak tahu nak buat macam mana... Sebab aku pergi kerja dengan memakai selipar sahaja... Lagipun pada hari tersebut selipar aku macam nak terkoyak pulak... Itu yang membuatkan aku sakit hati sangat... Nak balik rumah memang tak sempat... Sebenarnya tujuan aku ke Penang adalah untuk pergi ke Hotel yang dahulunya dikenali dengan Shangrila Hotel... Untuk test makanan yang akan dihidangkan kepada 400 tetamu pada 3hb Feb depan... Sempena majlis perkahwinan Bos aku yang akan dibuat di hotel tersebut... Kami sampai dekat lobi hotel dalam pukul 6.45pm... Dalam rancak berbual-bual ada seorang wanita dalam likungan 30an masuk dalam lobi hotel... Apa lagi mata-mata kami menjeling kearah wanita tersebut... Ialah pakaian yang dia pakai pada petang itu membuatkan mulut-mulut kami berkata sesuatu. Dengan fesyen pakaiannya yang sungguh luar biasa...Dalam pukul 7 malam Bos sampai bersama isterinya... Kami terus naik ke tingakat dua untuk melihat ballroom yang akan akan digunakan untuk malam tersebut..Setelah berpuas hati dengan penerangan yang diberi... Kami dibawa ke Pangkor room untuk merasa hidangan yang akan dihidangkan pada hari itu kelak... Sementara menunggu live band membuat apa yang patut kami sekali lagi diberi penerangan tentang tema yang akan dipilih... Kami semua tergaman melihat wanita yang kami usik tadi adalah penyanyi band tersebut... Hehehhehhh... Kami semua tergalak serentak... Apabila semua tersedia hidangan demi hidangan disediakan untuk kami merasa sambil diiringi oleh liveband... Rasa teruja sangat pada hari itu kerana layanan yang teristimewa... Dewan yang besar hanya dimuatkan sebuah meja ditengah-tengah dewan tersebut serta disatu sudut ada sebuah band membuat persembahan untuk menghiburkan kami semua... Aku dapat rasakan sesuatu kelainan... Dimana layanan pada malam itu memang sukar untuk aku dapat sekali lagi... Dalam pukul 9.15pm Pihak kami berbincang mengenai makanan yang akan kami pilih atau memilih makanan lain jika kurang bersesuaian... Keputusan dibuat mengikut pendapat setiap orang... Selepas itu giliran pengurus Band pulak... Ialah kami juga mahu lagu-lagu yang akan dimain kelak mengikut dengan tema majlis... Selepas itu kami bertolak pulang dengan keletihan sekali... Mata aku mula dah rabak... Dalam feri aku terido kerana keletihan... sampai ketempat kerja jam sudah menunjukkan 10.30pm.

No comments: