18 January 2007

Renungan Seorang Lelaki ( Sambungan..)


Dia masih duduk, sedangkan lelaki itu berdiri dekat dengannya. Nampak berminat sangat dengan Roy. bagaimanapun, mungkin dia memang begitu. Mudah mesra dengan sesiapa saja. Roy pun cuba berbual dengan sebaik mungkin. Dia tidak mahu bergaduh. lelaki itu memang mesra berbual. Roy rasa senang bersembang dengannya. Tidak sedar masa berlalu. Roy menjeling jam 12.30 tengah malam! "Kenapa, Roy? tengok jam nak balik dah ke? Masih awal lagi...? Hai, panggil namaku roy saja? Tadi panggil abang, sekarang panggil Roy pulak. Cepat benar bertukar. Ada apa-apa ke? Tanya Roy dalam hati. Dia terlihat juga aksi lelaki itu sedikit demi sedikit semakin lembut. Lembut? kenapa pulak menjadi lembut? Mungkin tidak sengaja kerana rancak berbual. "Roy... Janganlah balik lagi. Awal lagi. Apa kata kalau kita..." kata lelaki itu sambil melirik manja. Wow! Fuhh! Apa semua ni? Siapa lelaki ini sebenarnya? Roy tertanya-tanya sendirian. "Kita apa, hah? Kita apa?!" Roy seperti mula hilang sabar. "Alah, takkan tak biasa pulak? Marilah kita berseronok..." Roy bingkas bangun. Berseronok apa lelaki dengan lelaki? Runggutnya dalam hati. "Awak ni siapa sebenarnya? Nak berseronok apa lagi dengan saya. Saya lelaki, Awak pun lelaki. Takkan tak nampak?!" kata Roy, berang. Minta Maaf, ya. Saya nak balik. Nak balik!" tambahnya. Roy terus berlalu meninggalkan 'Si lembut' yang masih merayu itu. Ya Allah! Tidak disangka sama sekali. Sambil berlalu itu, Roy terpandang beberapa pasangan duduk di atas simen. Aneh... Ya, aneh. Betulkah apa yang aku nampak ni? Dia bertanya bersendirian. Pasangan itu bukan lelaki dengan perempuan, Sebaliknya sesama lelaki. Ya Allah. Benarkah apa yang aku lihat? Tanya Roy dalam hati lagi. Tiba-tiba, langkahnya terhenti Dia mahu comfirm sekali lagi.Ya. Memang comfirm. Lelaki dengan lelaki! Sekilas Roy menoleh kerah 'si lembut' tadi. Eh, sudah hilang entah ke mana! Ah... Biarkanlah. Buat apa aku nakmelihatnya lagi. Rungut Roy sendirian. Setelah pasti, Roy segera 'angkat kaki'. Dia sungguh benggang. Mahu menenangkan pikiran dan diri, benggang pulak yang dapat. Roy pulang dengan perasaan yang berbeza. Di rumah, dia termenung panjang. Hampir jam 3 pagi baru dia dapat melelapkan mata. Selepas peristiwa itu , Roy lebih kerap termenung hinggalah kawan baiknya bertanya.. Selepas dicerita, kawan baiknya itu tersenyum. Hairan Roy dibuatnya. Rupa-rupanya memang telah lama kegiatan itu berlangsung di situ. Mungkin Roy mangsa atau aktivis baru jika terperangkap tempoh hari mengena. Dia bersyukur kerana terselamat. Baru sekarang Roy dapat memahaminya...

No comments: