13 January 2007

Sudah Ditakdirkan..


Sudah sekian lama aku merenunggi perjalanan kehidupan. Satu landasan perjalanan yang tiada jalan penghujungnya. Biarpun aku sering tertewas oleh keadaan namun aku masih setia pada keadaan. Aku tidak tahu apa yang aku alami ini sebagai menguji sejauh manakah aku mampu bertahan. Mampukah aku menghadapinya??. Atau aku hanya menyembunyikan semua perasaan ini di dalam kotak hati ku. Tiada siapa yang tahu aku diperlakukan sebegini. Hanya renungan dan airmata yang menjadi teman. Aku tidak mahu kekusutan akan membebankan orang lain. Bagi aku, kegembiraan biarlah aku berkongsi bersama-sama orang yang tersayang. Kepedihan, kepiluan mahupun kesusahan biarlah aku tanggung sendiri. Yang penting aku sudah menjalankan kewajipan atau tanggungjawab kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Hanya itu yang termampu aku lakukan. Jangan bandingkan aku dengan orang lain. Jangan menguji aku sebegini rupa. Pada keluarga, Aku tahu aku banyak menyusahkan mereka. Aku sering membuat kan mereka pening kepala dengan pelbagai kerenah aku . Aku bukan sedemikian, tapi keadaan yang membuatkan aku jadi sebegini. Apapun aku banyak berterima kasih kepada emak kerana memahaminya. Biar pun luarannya dia nampak garang, namun hakikatnya dia baik hati. Aku tahu selama ini aku banyak menyusahkan orang-orang yang tersayang. Mengapa tidak?. Kalau bukan kerana aku, mungkin selama ini mereka tidak marah pada aku. Dengan kesempatan ini aku memohon kepada mereka yang terlibat, jika tanpa disedari mahupun tanpa aku sedari aku telah menyakitkan hati mereka semua. Aku akui, aku bukanlah insan yang baik disisi mereka, malah menyusahkan mereka semua. Tapi percayalah aku menyanyangi mereka semua lebih dari diri ku sendiri. Tidak percaya?? tepuk dada tanya selera. Aku tidak sekuat seperti yang aku sangkakan. Kepada yang sentiasa berada disamping ku selalu, aku sentiasa mendoakan kebahgiaan mu. Aku tahu, aku bukanlah insan yang terbaik yang pernah engkau jumpa sebelum aku. Aku tahu, engkau selalu bandingkan aku dengan mereka. Aku akui, aku memang ketinggalan jauh kebelakang. Aku hanya budak kampung yang hanya dikelilingi oleh komuniti sekitarnya sahaja. Aku juga tahu hidup engkau tidak seindah seperti mana yang engkau harapkan. Penang tidak akan meninggalkan satu kenangan manis buat dirimu malah hanya meniggalkan satu parut hitam dimana ia akan sentiasa bermain
di fikiran dengan satu nada yang sukar diungkapkan. Aku tahu apa yang aku buat selama ini tidak pernah mendapat tempat dihati mu. Hanya kesilapan dan kesalahan yang sering berpihak pada diri ku. Tapi aku cukup gembira dengan apa yang engkau berikan pada ku.

No comments: