17 January 2007

Aku Mc

Rasanya tidak sedap badan lak. Tangan dan seluruh anggota badan aku umpama memprotes supaya aku berehat hari ni. Denyutannya membuatkan aku hilang arah. Setiap yang aku buat semuanya serba tak menjadi. Tangan sebelah kanan aku bengkak sedikit. Itu membuatkan aku semacam nak deman jer. Sebelah pagi aku memang pergi keje. Dalam pukul 10 aku pergi ke klinik panel tempat aku berkerja. Pada masa yang sama aku memang sakit hati pada Supervisor. Pagi-pagi lagi dah buat hal. Bambu tidak tentu masa. itu yang membuatkan sakit aku semakin parah. Nasib baik aku dapat mc so sekurangnya aku dapat berehat. Bukan aku yang mintak tapi doktor yang kasi. Hehehehehe... Bila aku balik semula menghantar mc ditempat keje, member-member yang lain sudah dapat mengagak. Mereka cukup bengang kalau aku pergi klinik mesti dapat. Semua orang tahu yang klinik itu memang sukar hendak bagi mc kepada sesiapa pun. Walaupun orang itu separuh hendak mati sekali pun. Bukan aku yang cakap tetapi mereka-mereka yang sudah semestinya yang anti kepada doktor tersebut. Masa balik aku hanya bagitau kepada line leader aku sahaja. Aku malas nak jumpa Supervisor. Kebetulan dia sedang meeting jadi aku terlepas. Balik rumah aku terus makan ubat lalu tertido. Aku tengok adik aku tengah search sama ada namanya ada blacklist atau tidak sebab dia nak beli rumah. Dalam pukul 2.45pm aku dikejutkan oleh emak untuk makan. Oleh kerana perut masih kenyang, Aku menyuruh emak makan dulu. Sambil itu aku update blog aku. 3.30pm aku mandi nanti pukul 4pm hendak pergi ambil Nd pulak dekat tempat kerja. Waktu aku tengah mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Apa lgi emak aku terus memanggil nama aku lah untuk mengambil kain di jemuran. Nasib baik hujan turun sekejap sahaja. Mungkin hanya berlalu untuk ketempat lain. So tidaklah susah nanti aku hendak menjemput Nd pulang dari tempat kerja. Dalam perjalanan ada 2 orang budak rempit sedang mengangkat motor. Aku jadi serba salah. Kalau aku memintas aku takut kalau-kalau motor tersebut jatuh, sudah tentu aku akan terkena sekali. Namun nasib baik budak rempit itu sudah sampai ke destinasinya. Aku menarik nafas lega. Dalam hati terasa gusar jugak, Nanti aku takut akan bertembung dengan Supervisor aku. Lepas terus jemput Nd kami terus meninggalkan tempat kerja. Sebelum balik Nd nak aku singgah sekejap dekat bank, dia nak ambik duit. Secara kebetulan jumpa jugak aku dengan Supervisor aku. Dah tidak boleh mengelak dah. Dia kata aku balik tidak bagitau dia. Nasib baik aku ada alasan. Masa aku balik dia dia tengah meeting. Sebenarnya aku malas nak jumpa dia. Nanti dia banyak soal. Hari ini pasar malam dekat Kepala Batas. Kami singgah jap untuk beli barang dapur.

No comments: