07 January 2007

Tahun Melawat Malaysia

Kemeriahan tahun melawat malaysia kian terasa dengan berlansungnya pelancaran ‘Eye on Malaysia’ yang dilancarkan di Tasik Titiwangsa semalam. Dengan ini negara kita ada lagi satu mercu tanda yang akan menaikkan nama malaysia terus gah dipersada antarabangsa. Sama-samalah kita menbantu kerajaan dalam merealisasikan projek yang terulung ini dengan memberi senyuman tanda mesra dalam kita menyambut tetamu dari dalam mahupun dari luar negara. Kalau bukan kita sebagai rakyat malaysia siapa lagi yang akan mendokong amanah ini kalau bukan diri kita sendiri. Buktikan "Rakyat Malaysia" memang terkenal di seluruh dunia diantara yang peramah lagi mesra dalam kehidupan kita seharian. Ini juga product yang dapat kita promosikan pada dunia luar kita boleh hidup aman damai dengan kepelbagaian agama serta disulami dengan pelbagai etnik. Akhir sekali sambutlah seruan kerajaan dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia...

No comments: