06 January 2007

Musim Menuai





Dari kejauhan panorama kampung ku, umpama mutiara ditengah lautan emas. Sinaran mentari menambahkan seri. Di sana sini burung-burung bernyanyi riang. Seriang kanak-kanak bermain lumpur. Para petani sibuk untuk menuai padi. Iyerlah penat lelah selama ini mengerjakan sawah, akan mendapat hasilnya. Setelah beberapa bulan bertungkus-lumus dalam mengusahakan sawah, kini hasil tuaian akan membuat petani tersenyum lebar. Kata orang kampung poket penuh. Bukan mudah seperti yang disangkakan. Para petani terpaksa bertarung dengan pelbagai makluk perosak antaranya tikus, siput gondang emas, ulat dan pelbagai lagi. Sekarang ini musuh utama patani ialah siput gondang emas dan tikus. Melalut pulak aku ni. Bila waktu menuai tiba, teringat aku zaman kecil ku. Waktu-waktu beginilah aku dan kawan-kawan jadi nakal. Mana tidaknya kami akan panjat jentera menuai padi. Tangkap burung, tangkap ikan dan mandi ban. Itulah saat-saat manis ketika zaman kanak-kanak. Memang buas sangat ketika itu. Biasalah budak-budak bukannya tahu apa-apa, yang tahu nak berseronok jer. Janji balik dapat burung atau ikan sebagai umpan supaya tidak kena marah. Mana tidaknya satu badan penuh lumpur. Berkubang dalam lumpur mencari ikan. Hehehe.. Waktu itu, pancur di luar rumah, jadi aku balik terus mandi jer. Namun kalau emak aku nampak, Maka dia patahkan ranting pokok belimbing untuk dijadikan rotan. Apalagi aku pun lari lintang pukang. Itulah kenangan masa kecil aku bila musim menuai tiba. Seronok bila di ingat kembali detik-detik diwaktu itu. Terasa sungguh indah zaman kanak-kanak.

No comments: